Kes SRC International, Najib nafi banyak perkara
Iklan
BEKAS perdana menteri Najib Razak berulang kali menafikan beliau berada dalam kawalan penuh terhadap SRC International dan mempunyai kuasa mempengaruhi lembaga dan pengurusan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk pinjaman bernilai RM4 bilion kepada entiti itu.
Walaupun SRC International menerima pinjaman sebanyak RM4 bilion daripada KWAP pada 2011 dan 2012 untuk melabur dalam sektor tenaga, entiti itu tidak pernah mencatatkan keuntungan kewangan yang betul.
Dalam pertikaman lidah dengan Ketua Peguam Negara Tommy Thomas minggu lalu Najib menafikan beliau tidak melakukan apa-apa untuk mengetahui apa yang berlaku terhadap RM4 bilion.
Semasa pemeriksaan balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Najib ditanya mengapa beliau tidak mengarahkan menteri kewangan kedua ketika itu, Ahmad Husni Hanadzlah untuk ke Switzerland yang mana SRC International menyimpan dana di bank BSI yang beribu pejabat di Lugano.
Najib menafikan cadangan Thomas bahawa beliau tidak mahu Husni mengetahui cerita sebenar.
Ahli Parlimen Pekan juga menafikan pengetahuan mengenai operasi SRC selepas beliau bersama dengan Kabinet ketika itu, meluluskan jaminan kedua kerajaan untuk pinjaman RM2 bilion KWAP pada 8 Februari 2012. – 15 Disember, 2019.
Berita penuh di sini.