Iklan

Trump setuju ketengah isu Rohingya bila saya minta, kata Najib

Yasmin Ramlan7 years ago30th Oct 2017Berita
Najib razak parlimen nazir 05
Perdana Menteri Najib Razak berkata respon Presiden Donald Trump itu menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai punyai pengaruh di kalangan negara kuasa besar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 30 Oktober, 2017.
Iklan

PERDANA Menteri Najib Razak berkata Presiden Donald Trump bersetuju untuk mengetengahkan isu penindasan etnik Rohingya di Myanmar apabila membangkitkan perkara tersebut pada lawatannya ke Amerika Syarikat (AS) pada bulan lalu.

Najib berkata, meskipun isu itu bukan sebahagian daripada tujuan utama pertemuan antara  kedua-dua negara tersebut, namun katanya respon AS itu menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai punyai pengaruh di kalangan negara kuasa besar.

“Suka saya menjelaskan dalam dewan ini bahawa isu pelarian Rohingya, penindasan terhadap mereka diketengahkan secara spesifik. Perkara ini disambut baik oleh Trump dan saya ingin maklumkan dalam tujuan asal tidak disebut isu Rohingya tetapi apabila saya minta, Trump bersetuju.

“Ini kejayaan Malaysia, bermakna Malaysia ada pengaruh di pentas antarabangsa hatta dengan kuasa besar,” kata Najib dalam soal sesi jawab lisan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing yang meminta butiran mengenai perbincangan berhubung penindasan terhadap etnik Rohingya di wilayah Rakhine di Myanmar.

Ahli Parlimen Pekan itu menambah, hasil daripada pertemuan itu, pihak AS telah mengumumkan bantuan kemanusian sebanyak AS$32 bilion kepada Rohingya dan memutuskan hubungan bantuan ketenteraan kepada tentera Mnyanmar.

“Ini kejayaan adalah bertitik tolak dari usaha yang dilakukan Malaysia dan pihak lain,” katanya.

Beliau juga berkata negara mempunyai hubungan baik dengan kuasa besar dunia lain selain AS.

“Saya jangkakan bahawa dengan langkah ini dalam masa jangka sederhana dan panjang, kita akan lihat kepada peningkatan hubungan ekonomi penambahan pelaburan dan sebagainya.

“Inilah antara kejayaan yang kita akan kecapi daripada hubungan baik dengan negara dan kuasa besar, tidak terkecuali, bukan sahaja AS, tapi semua kuasa-kuasa besar kita ada hubungan yang baik,” katanya. – 30 Oktober, 2017.

Iklan
Iklan