LANGSUNG: Saya tidak tahu baki dalam akaun bank, Najib beritahu mahkamah
Iklan
NAJIB Razak akan disoal balas semula hari ini oleh timbalan pendakwa raya V Sithambaram yang dijangka menyentuh peranan eksekutif SRC International yang disebut dalam kenyataan saksi bekas perdana menteri itu.
Turut disebut dalam kenyataan saksi adalah peranan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low. Najib berkata Low berkomplot dengan eksekutif dan bank untuk menipu entiti itu.
Sithambaram, seorang peguam jenayah berpengalaman, akan menyangkal dan mengemukakan hujah pendakwaan bahawa Najib bertindak bersama mereka.
Semalam, Najib bertegas tanda tangan pada dokumen yang berkaitan dengan transaksi SRC International dan perbankan, yang dijadikan bukti terhadapnya, telah dipalsukan.
Ketika disoal balas, ahli Parlimen Pekan itu juga berkata akan membuat laporan polis selepas seorang pakar mengenai tulisan tangan memberi keterangan yang tandatangannya dipalsukan.
Sithambaram mencadangkan dakwaan Najib bahawa tandatangannya yang dipalsukan pada dokumen itu hanya “tambahan” dan hanya muncul semasa peringkat pembelaan perbicaraan, yang dinafikan oleh Najib.
Bekas perdana menteri itu juga disoal balas mengenai transaksi RM40 juta daripada SRC International kepada syarikat yang bertanggungjawab jawab dengan aktiviti korporat sosialnya Ihsan Perdana Sdn Bhd pada 2014.
Mengenai mengapa pengurusan SRC International tidak membantah urus niaga yang melibatkan jutaan ringgit, Najib berkata beliau tidak terlibat dalam hal operasi kerana sibuk mentadbir negara.
Najib juga menegaskan beliau selama itu menyangka wang yang dibelanjakan, termasuk aktiviti politik, adalah sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi.
Najib, 66, berdepan beberapa pertuduhan dalam perbicaraan SRC International yang dikaitkan dengan pinjaman bernilai RM4 bilion dikeluarkan kepada entiti itu pada 2011 dan 2012 serta dituduh menerima RM42 juta pada 2014 dan 2015.
Beliau berdepan hukuman penjara selama 20 tahun jika sabit kesalahan.
The Malaysian Insight membawa anda prosiding hari ini, hari keenam peringkat pembelaan dalam perbicaraan secara langsung:
11.28am: Mahkamah ditangguhkan.
11.25am: Mahkamah bersidang.
Sithambaram berkata beliau berasa tidak sihat dan meminta agar perbicaraan ditangguhkan ke tahun depan.
Peguam utama pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah.
Nazlan membenarkan permintaan dan memutuskan perbicaraan ditangguhkan pada 9 pagi, 6 Januari.
10.56am: Mahkamah berhenti rehat.
10.45am: Sithambaram: Anda menguruskan negara, anda adalah menteri kewangan dan anda katakan anda keluarkan cek dengan “agakan” (baki)?
Najib: Terdapat banyak wang dalam akaun.
Sithambaram: Agakan anda tidak betul. Sekarang kita berada di sini… dalam kes ini, anda katakan ia adalah dana Arab. Tetapi kita tahu wang itu digunakan pada September atau Oktober.
Saya katakan kepada anda bahawa anda sepenuhnya mengambil alih kewangan dan akaun anda.
Najib: Saya tidak bersetuju.
Sithambaram: Anda seorang lelaki yang berhati-hati dengan dana kerajaan?
Najib: Ya, saya berhati-hati.
Sithambaram: Dana peribadi.
Najib: Saya tidak begitu memberi perhatian.
Sithambaram: Saya tidak bermaksud untuk tidak hormat. Apabila saya membaca bahawa polis menjalankan beberapa serbuan tahun lalu, anda mengadu beberapa coklat hilang dari peti sejuk anda. Anda begitu teliti?
Najib: Anak perempuan saya mengadu.
Sithambaram: Anda membuat satu sidang akhbar mengenai perkara itu?
Najib: Ia bukan coklat saya.
Sithambaram: Saya sukar menerima (sebagai) perdana menteri dan menteri kewangan, (anda) agak tidak tahu mengenai akaun anda dan hanya berpandukan dengan “agakan”.
Najib: Malah untuk akaun peribadi saya ... Saya hanya menandatangani cek.
Sithambaram: Malangnya individu yang ada rujuk, Datuk Azlin dan Nik Faisal, “tiada lagi”.
Anda mempunyai pengetahuan lengkap tentang kredit, urus niaga debit dalam akaun anda dan anda tahu RM42 juta memang dikreditkan ke dalam akaun anda.
Najib: Saya tidak bersetuju.
Sithambaram: Bukti anda yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai akaun anda ternyata palsu.
Najib: Saya tidak bersetuju.
10.24am: Sithambaram bertanya Najib mengapa Perkara 117 ditambah dalam perlembagaan syarikat SRC International.
Sithambaram: Saya cuba memahami, jika dari awal anda melantik lembaga pengarah yang tidak pernah melakukan sebarang perkara yang anda perlukan, kenapa kuasa ini diminta?
Tidak salah saya, ada berkata walaupun selepas pindaan ini diluluskan, mereka masih tidak merujuk apa-apa kepada anda, betulkah itu?
Najib: Saya tidak bersetuju.
Saya bukan satu-satunya individu yang menjalankan operasi SRC International. Anda berkata, saya menjalankannya dengan kuasa saya seorang sahaja, yang saya tidak lakukan.
Sithambaram: Saya katakan kepada anda bahawa hanya awak seorang.
10.34am: Sithambaram: Melihat kepada akaun bank, anda mengeluarkan ratusan cek untuk pelbagai tujuan.
Najib berkata beliau hanya menerima penyata akaun.
Sithambaram: Ringkasnya, anda bersetuju dengan saya, selain sumbangan Arab, anda tidak boleh memberitahu tarikh atau bulan atau tahun ia diterima?
Najib: Ya.
Sithambaram: Selain sumbangan Arab, anda tidak menyedari wang lain yang dibayar ke dalam akaun anda?
Najib: Ya.
Sithambaram: Jadi setiap kali anda mengeluarkan cek, anda sebenarnya tidak akan tahu jika ia mungkin ditendang kerana anda tidak tahu baki di dalamnya?
Najib: Ya.
Sithambaram: Jadi anda akan periksa dengan Nik Faisal (bekas ketua pegawai eksekutif SRC International Nik Faisal Ariff Kamil)?
Najib: Tidak, tetapi saya periksa dengan Azlin (ketua setiausaha peribadi Azlin Alias).
Azlin akan mengesahkan. Saya percaya beliau akan merujuk dengan Nik Faisal.
Sithambaram: Jadi, dalam hal ini, anda bertanya Azlin mengenai bakinya, beliau perlu memeriksa dengan Nik Faisal?
Najib: Ya.
Najib berkata beliau hanya menyemaknya sekali-sekala.
“Saya rasa ada baki yang mencukupi.”
Najib berkata beliau tidak pernah bertanya jumlah baki secara spesifik.
Sithambaram: Anda meminta penerbitan cek. Tidakkah anda berasa aneh bank itu tidak memberitahu anda mengenai bakinya? Anda rasa anda mempunyai wang dan tidak tahu dengan tepat berapa jumlah wang?
Saya katakan kepada anda bahawa anda tahu wang yang masuk dan keluar. Anda tahu bakinya.
Najib: Saya tidak bersetuju.
10.09am: Bagaimanapun, Najib menyangkal kenyataan awalnya semasa disoal balas oleh Peguam Negara Tommy Thomas.
Najib berkata tandatangannya yang dikemukakan kepada mahkamah perlu disahkan.
Sithambaram: Saya dengan ini menunjukkan apa yang dikatakan, anda berkata sebelum ini yang anda tidak pernah menandatangani mana-mana minit mesyuarat pemegang saham. Kemudian dalam soal balas, apabila halaman 510 ditunjukkan, anda mengesahkan ia dokumen yang anda tandatangani.
Najib: Tertakluk kepada perbandingan dengan dokumen asal…
Sithambaram: Datuk Seri apabila anda membuat penghujahan, anda melihat fotokopi dan anda mengesahkannya di mahkamah. Anda bersetuju atau tidak?
Najib: Saya tidak bersetuju.
Sithambaram: Baiklah.
Najib: Jika ia bukan salinan asal, anda boleh potong dan tampal…
Sithambaram: Anda boleh membuat pelbagai teori.
Saya katakan kepada anda lakukannya, bagi soalan khusus yang ditanya oleh peguam negara, mengesahkan bahawa halaman 510 ditandatangani oleh anda.
Najib: Ya, tetapi tertakluk kepada (perbandingan dengan) dokumen asal.
Sithambaram: Saya katakan kepada anda bahawa keengganan anda mengakui telah menandatangani halaman 510 (daripada minit mesyuarat tersebut) dan semua minit mesyuarat pemegang saham yang lain kerana anda ingin mengalihkan diri anda daripada fakta bahawa anda menggunakan minit mesyuarat pemegang saham untuk mengawal semua pengarah.
Najib: Saya tidak bersetuju.
9.57am: Sithambaram meminta Najib mengesahkan beliau menandatangani beberapa minit mesyuarat pemegang saham bertarikh 23 April 2012.
Sithambaram, merujuk kepada kenyataan saksi Najib, meminta beliau mengesahkan beliau tidak pernah menandatangani mana-mana minit mesyuarat pemegang saham selain daripada yang satu ini.
Najib bersetuju.
9.56am: Sithambaram meminta agar pendengaran ditamatkan semasa makan tengah hari.
Beliau berkata tidak sihat.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan itu.
Sithambaram meneruskan soal balasnya.
9.50am: Mahkamah dimulakan. Najib mengambil tempat di kandang saksi. – 19 Disember, 2019.