Iklan

Bicara SRC International: Najib ‘tidak tahu’ tentang akaunnya

Bede Hong5 years ago19th Dec 2019Berita
Najib razak corruption src trial  high court day 64 06
Bekas perdana menteri Najib Razak hadir di mahkamah hari ini untuk perbicaraan kes SRC International. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 Disember, 2019.
Iklan

NAJIB Razak dalam keterangannya dalam perbicaraan kes jenayah membabitkan SRC International hari ini berkata beliau dapat mengeluarkan cek berjuta ringgit tanpa perlu mengesahkan akaunnya kerana beliau “tahu” baki dalam akaun banknya.

Ketika disoal balas oleh pendakwa raya V. Sithambaram, bekas perdana menteri itu berkata wang peribadinya diuruskan oleh setiausaha sulit kanannya Azlin Alias, sementara transaksi SRC International dilakukan oleh pemegang mandat, bekas CEO Nik Faisal Ariff Kamil.

Sithambaram, seorang peguam jenayah veteran mencadangkan Najib sebenarnya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas akaun dan kewangannya, di mana Najib menafikannya.

Sithambaram: Jadi dalam kes ini anda tanya Azlin tentang baki, beliau akan pergi periksa dengan Nik Faisal?

Najib: Ya.

Najib berkata beliau hanya memeriksa akaun itu sesekali: “Saya tahu bakinya cukup.” Katanya, beliau tidak pernah tanya baki yang khusus.

Sithambaram: Anda minta keluarkan cek. Tidakkah aneh jika bank tidak beritahu anda bakinya? Anda tahu anda ada wang dan tidak tahu dengan tepat jumlahnya?

Saya cadangkan anda tahu wang keluar masuk. Anda tahu bakinya.

Najib: Saya tidak setuju. – 19 Disember, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan