Iklan

Najib perlu pakar tulisan sahkan tandatangan sendiri

Bede Hong5 years ago7th Jan 2020Berita
Najib razak 20200107 afif 10
Bekas perdana menteri Najib Razak kelihatan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi menghadiri perbicaraan kes SRC International. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abdul Halim, 7 Januari, 2020.
Iklan

NAJIB Razak ditunjukkan satu dokumen asal yang ada tandatangannya di mahkamah hari ini tetapi berkata beliau tidak dapat mengesahkan adakah tandatangan itu miliknya atau bukan.

Bekas perdana menteri yang sedang dibicarakan bagi kes rasuah berkaitan pinjaman dikeluarkan kepada SRC International, bertegas mengatakan tandatangannya hanya boleh disahkan oleh pakar tulisan tangan.

Najib disoal balas tentang sama ada empat dokumen termasuk minit mesyuarat pemegang saham Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) berkaitan SRC International, ditandatangani olehnya atau tidak.

Timbalan Pendakwa Raya V. Sithambaram menekankan tandatangan itu tulen dan ahli Parlimen Pekan itu tahu sepenuhnya dan mengawal operasi SRC International.

Ketika disoal balas, Najib kemudian ditunjukkan satu dokumen asal yang ditandakan sebagai bukti, yang kemudian digunakan oleh peguam untuk dibandingkan dengan tandatangan palsu.

Sithambaram: Saya katakan kepada anda penafian terhadap tandatangan anda itu difikirkan kemudian?

Najib: Saya tidak setuju.

Sithambaram: Sejak P530(3), ia adalah tulen, adakah anda menandatanganinya? Saya akan tunjukkan dokumen itu.

Najib: Saya perlu ini disahkan. Ini hal operasi.

Sithambaram: Saya bukan tanya tentang operasi.

Najib: Saya perlu sahkan.

Sithambaram: Dokumen asli ditunjukkan kepada anda, anda lihat pada tandatangan itu.

Najib: Saya tidak pasti. Saya perlukan pakar untuk sahkan.

Sithambaram: Boleh anda sahkan adakah ini tandatangan anda, ini dokumen asal.

Najib: Saya tidak boleh sahkan tetapi ia kelihatan seperti tandatangan saya.

Sithambaram: Kesimpulannya ialah yang salinan anda tidak boleh sahkan dan dokumen asli ditunjukkan pada anda pun, anda tidak boleh sahkan?

Najib: Ya. – 7 Januari, 2020.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan