Iklan

Najib 'terkejut’ rakaman audio didedahkan SPRM

Bede Hong5 years ago8th Jan 2020Berita
Najib src 06
Bekas perdana menteri Najib Razak hadir perbicaraan kes rasuah terhadapnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 8 Januari, 2020.
Iklan

BEKAS perdana menteri Najib Razak “terkejut” dengan rakaman audio perbualannya dengan pegawai kanan kerajaan yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Beliau berkata masa pendedahan rakaman itu serentak pula dengan Pilihan Raya Kecil Kimanis yang akan diadakan bulan ini.

“Saya terkejut dengan pendedahan ini.

“Perkara ini tidak pernah dilakukan dalam sejarah negara kita. Dan timing pun dekat masa PRK Kimanis. Jadi saya akan bincang dengan peguam saya,” katanya ketika ditemui wartawan pada waktu rehat perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ketika ditanya sama ada beliau percaya itu serangan politik, Najib menjawab:”Masanya itu, dekat dengan PRK Kimanis.”

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan kerana perbualannya dirakamkan, Najib berkata: “Saya akan kaji dari segi undang-undang dan dari segi apa boleh saya lakukan. Masa tu saya ketua kerajaan.” – 8 Januari, 2020.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan