Jho Low masukkan puluhan juta dalam akaun bank, kata Najib
Iklan
NAJIB Razak hari ini berkata di mahkamah yang Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, mendepositkan puluhan juta ke dalam akaunnya tetapi tidak pernah ambil tahu secara jelas mengenai sumbernya.
Semasa soal balas dalam perbicaraan SRC International oleh pendakwa ad-hoc V Sithambaram, bekas perdana menteri mengesahkan Low, anak kelahiran Pulau Pinang itu bertanggungjawab mendepositkan AS$80 juta hingga AS$90 juta ke dalam akaun bank peribadinya dari 2011, yang kemudian dibelanjakan oleh ahli Parlimen Pekan itu.
Sithambaram: Anda menggambarkan diri sebagai mangsa manipulasi berhubung transaksi ini?
Najib: Betul.
Sithambaram: Tetapi anda mesti menjadi mangsa pertama yang dimanipulasi mendapat jutaan dolar dalam akaun anda.
Najib: Saya tidak tahu. Anda boleh katakannya begitu.
Sithambaram: Biasanya mangsa manipulasi akan kehilangan wang!
Najib: Ya.
Sithambaram: Dan di sini kelihatan individu yang memanipulasi pula kerugian wang!
Najib: Saya tidak boleh membuat sebarang kesimpulan.
Sithambaram: Berdasarkan fakta kes ini, beliau (Low) memasukkan AS$80 juta hingga AS$90 juta. Beliau memasukkannya, ya?
Najib: Ya. Tetapi saya tidak tahu apa lagi yang dibuatnya dari tempat lain.
Sithambaram: Saya katakana kepada anda bahawa tidak mungkin Jho Low memanipulasi akaun perdana menteri, menteri kewangan dan tokoh politik paling berkuasa dalam negara ketika itu. – 8 Januari, 2020.
Berita penuh di sini