Pegawai Najib mahu nama Jho Low dikeluarkan daripada laporan audit 1MDB
Iklan
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu pegawai tinggi kerajaan termasuk seorang pegawai kanan mewakili Najib Razak meminta nama Low Taek Jho dikeluarkan daripada laporan ketua audit negara berkenaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Bekas pengarah audit Jabatan Audit Negara Saadatul Nafisah Bashir dalam keterangannya hari ini berkata bekas ketua setiausaha sulit Najib, Shukry Mohd Salleh yang mahu semua nama ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu dikeluarkan sebelum laporan berkenaan dibentangkan di Parlimen.
Najib dibicarakan dalam tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mengeluarkan sebahagian laporan ketua audit negara berkenaan 1MDB pada antara 22 Februari dan 26 Februari, 2016 di Jabatan Perdana Menteri, sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, bagi melindungi dirinya daripada tindakan jenayah.
Bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy turut dibicarakan kerana bersubahat dengan Najib.
Saadatul Nafisah, ketika membaca keterangan saksi berkata beliau ada ketika itu bersama bekas majikannya, ketua audit negara Ambrin Buang menghadiri mesyuarat peringkat tertinggi pada 24 Februari, 2016, dipengerusikan oleh ketua setiausaha negara pada masa itu, Ali Hamsa.
Turut hadir ialah Dzulkifli Amhad, pegawai dari Pejabat Peguam Negara. – 13 Januari, 2020.
Berita penuh di sini.