Iklan

Laporan audit 1MDB dipinda demi negara, Najib, kata saksi

Bede Hong5 years ago14th Jan 2020Berita
1mdb 20200114 hasnoor 011
Bekas pegawai Jabatan Audit Negara Saadatul Nafisah dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan membabitkan Najib Razak dan bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang didakwa meminda laporan audit akhir 1MDB. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 Januari, 2020.
Iklan

PEGAWAI kanan kerajaan mahu meminda laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada 2016 demi kepentingan negara dan perdana menteri ketika itu, Najib Razak, kata bekas pegawai Jabatan Audit Negara (JAN).

Saadatul Nafisah Bashir Ahmad memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mesyuarat pada 25 Februari 2016 yang dihadirinya membincangkan pindaan pada laporan audit 1MDB dipengerusikan Ali Hamsa, yang ketika itu ketua setiausaha negara.

Saadatul Nafisah yang mengetuai pasukan audit khas 1MDB di JAN, dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan membabitkan Najib dan bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang didakwa meminda laporan audit berkenaan.

Dalam kenyataan saksinya, Saadatul Nafisah berkata pindaan yang dibuat melibatkan beberapa perkara berikut dipadam:

  • Percanggahan penyataan kewangan bagi tahun 2014;
  • Nama Low Taek Jho atau pembabitannya dalam 1MDB;
  • Siasatan Bank Negara ke atas urusan perniagaan melibatkan Country Group Securities Public Company Ltd (Thailand) dan Acme Time Ltd (Singapura) milik Low
  • Kelewatan penerbitan bon Nota Jangka Sederhana Islam bernilai RM5 bilion untuk membiayai usaha sama antara PetroSaudi Ltd dan 1MDB. 

Rakaman audio mesyuarat yang dihadiri Saadatul Nafisah sepanjang 40 minit dimainkan di mahkamah sebelum Timbalan Pendakwa Raya Gopal Sri Ram menyoal balas saksi itu.

Sri Ram: Sepanjang mesyuarat tiga jam itu, apa yang ada dalam fikiran kamu, tanggapan kamu, untuk manfaat mereka yang cadangkan pindaan?

Saadatul Nafisah: Saya rasa untuk kepentingan negara, supaya beberapa isu sensitif tidak akan berbangkit. Dan menurut beliau (Ali) ia akan menjejaskan pasaran saham dan lain-lain. Secara keseluruhannya, demi negara. Begitulah KSN (Ali) melihatnya. Kami berpendapat bahawa kami perlu kemukakan kepada PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) dengan seberapa banyak maklumat yang boleh kami beri.

Sri Ram kemudian merujuk kepada komen Ali dalam rakaman tersebut, yang menyebut “We want to take care of our leadership”.

Sri Ram: Apa yang kamu faham? Siapa “our leadership” ini?

Saadatul Nafisah: Perdana menteri. – 14 Januari, 2020.

Berita penuh di sini.            

Iklan
Iklan