Iklan

Beli hadiah RM3.3 juta guna kad kredit sendiri, kata Najib

Bede Hong5 years ago22nd Jan 2020Berita
Najib razak corruption src trial  high court day 71 03
Najib berkata beliau sebaliknya menggunakan kad kredit sendiri bagi membeli hadiah bernilai RM3.3 juta di butik barangan kemas De Grisogono di Itali pada 8 Ogos 2014. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 22 Januari, 2020.
Iklan

BEKAS perdana menteri Najib Razak hari ini memberitahu mahkamah beliau tidak mahu menggunakan dana awam bagi pembelian hadiah bernilai RM3.3 juta untuk isteri bekas perdana menteri Qatar pada 2014.

Najib berkata beliau sebaliknya menggunakan kad kredit sendiri bagi membeli hadiah di butik barangan kemas De Grisogono di Itali pada 8 Ogos 2014.

Hadiah itu untuk diberi kepada isteri Sheikh Ahmed Jassim al-Thani, Noor Abdulaziz Abdulla Turki Al-Subaie.

Semasa sesi soal balas, Timbalan Pendakwa Raya V. Sithambaram berkata pembeliah hadiah untuk ketua-ketua negara menggunakan dana awam, bukan menggunakan wang bekas perdana menteri itu sendiri.

Najib: Hadiah itu dari perdana menteri Malaysia tetapi saya tak mahu gunakan dana awam sebab harganya mahal. Saya gunakan kad kredit ini kerana bekas perdana menteri Qatar adalah kawan baik saya.

Sithambaram: Betul atau tidak bahawa ini hadiah yang paling mahal pernah kamu beli untuk ketua negara?

Najib: Ya, betul. Walaupun saya pernah beri hadiah kepada beberapa orang raja, tetapi bagi pembelian tunggal, ini yang paling mahal.

Najib, 66, juga berkata beliau percaya “lebih elok” membeli sepuluh barangan untuk memudahkan pembayaran.

Sithambaram: Isteri kamu ada beritahu dia ada masalah ketika membeli hadiah itu disebabkan jumlah harganya? Ada dia beritahu?

Najib: Tidak, saya percaya itu amalan biasa kad kredit atau kedai.

Sithambaram: Maaf sebab bertanya. Kami tak pernah berbelanja macam ini. Kamu ada wng derma, kami tak ada.

Disoal mengenai tujuan hadiah tersebut diberi, Najib berkata bekas perdana menteri Qatar itu “kaya” dan hadiah diberi sebagai tanda penghargaan atas hubungan diplomatik yang erat antara dua negara.

Sithambaram: Saya katakan bahawa perbelanjaan ini untuk tujuan peribadi, bukan sebab lain.

Najib: Saya tak setuju. – 22 Januari, 2020.

Berita penuh di sini.              

Iklan
Iklan