Iklan

Anwar, Guan Eng, Mat Sabu adakan mesyuarat untuk langkah seterusnya, kata sumber 

Mastura Malak5 years ago24th Feb 2020Berita
Pakatan harapan anwar ibrahim pkr 04
Presiden PKR Anwar Ibrahim dan isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum itu dilihat memasuki Istana Negara pada pukul 2.20 petang sebelum beredar pada pukul 3 petang.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 24 Februari, 2020.
Iklan

PEMIMPIN parti Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil dalam situasi politik terkini tanah air, kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Mesyuarat berkenaan diadakan di lokasi yang tidak didedahkan.

Terdahulu hari ini, Anwar yang juga presiden PKR dilihat meninggalkan ibu pejabat parti itu sekitar pukul 2 petang manakala Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meninggalkan ibu pejabatnya selepas mengadakan sidang media pada pukul 4.30 petang.

Anwar dan isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudian dilihat memasuki Istana Negara pada pukul 2.20 petang sebelum beredar pada pukul 3 petang.

Dalam masa yang sama, bekas perdana menteri Dr Mahatir Mohamad turut dilihat meninggalkan Istana Negara pada pukul 6.20 petang.

Menurut pemberita yang berada di perkarangan kediamannya di Seri Kembangan, Dr Mahathir tiba pada pukul 6.40 petang.

Sementara itu, tiada pemimpin Umno mahu pun PAS dilihat berada di Istana Negara hari ini.

Sumber Istana memberitahu The Malaysian Insight pemimpin daripada Umno dan PAS dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pukul 11 pagi esok. – 24 Februari, 2020.

Iklan
Iklan