Iklan

Tarif elektrik naik tiada kaitan dengan 1MDB beli syarikat tenaga

Melati A. Jalil7 years ago9th Nov 2017Berita
Iklan

MENTERI Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Dr Maximus Johnity Ongkili hari ini menafikan pembelian pengeluar tenaga bebas (IPP) oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) lima tahun lalu menyebabkan kenaikan tarif elektrik.

Ongkili yang juga ahli Parlimen Kota Marudu memberitahu Dewan Rakyat yang pembelian Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd (kini dikenali sebagai Powertek Energy Sdn Bhd), Kuala Langat Power Plant (sebelum ini dikenali Genting Sanyen) dan Jimah Power oleh 1MDB pada 2012 telah mengekalkan tarif seperti mana dimuktamadkan dalam perjanjian pembelian kuasa (PPA).

“Perubahan tarif elektrik tiada kaitan dengan pengambilalihan IPP oleh 1MDB,” katanya.

Tarif elektrik untuk Semenanjung ditentukan oleh kerangka Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) melibatkan dua komponen iaitu ICPT dan tarif asas. Tarif asas meliputi semua kos berkaitan pembekalan elektrik kepada pengguna.

Bulan lepas, 1MDB menafikan dakwaan Tony Pua dari DAP yang pengambilalihan IPP oleh 1MDB telah menaikkan tarif elektrik. – 9 November, 2017.

Untuk berita penuh sila baca di sini.

Iklan
Iklan