Iklan

Malaysia bukan 'penipu perdagangan', kata Mustapa

Melati A. Jalil7 years ago13th Nov 2017Berita
Iklan

MALAYSIA bukan “penipu perdagangan” seperti yang didakwa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Mac lalu, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mustapa Mohamed.

Dalam jawapan bertulis Parlimen bertarikh 9 November, Mustapa berkata dakwaan AS itu tidak benar dan beliau serta perdana menteri sudah mengetengahkan perbezaan di dalam sistem yang digunakan kedua-dua negara.

Beliau juga berkata delegasi Malaysia ke AS pada September telah menerangkan perbezaan dalam data perdagangan dua hala antara kedua-dua negara.

Statistik perdagangan Malaysia merekodkan bahawa defist perdagangan AS dengan Malaysia hanya AS$5 bilion (RM20.9 bilion) sementara statistik AS menunjukkan defisit sebanyak AS$25 bilion.

“Dalam hal ini, “Saya dan perdana menteri menerangkan perbezaan data (defisit) disebabkan AS mengambil kira import melalui pihak ketiga. Misalnya barangan elektrik dan elektronik yang dieksport ke sana melalui Singapura dikira sebagai import dari Malaysia, bukannya Singapura,” katanya.

Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen bertanya tentang langkah-langkah yang diambil kerajaan Malaysia bagi menangani dakwaan bahawa Malaysia antara negara yang bertanggungjawab ke atas defisit perdagangan AS menghampiri AS$50 bilion.

Tambah Mustapa, Malaysia juga menggunakan kaedah ‘Free on Board’ (FOB) yang mengecualikan kos penghantaran dan insurans, berbanding AS yang menggunakan kaedah ‘Cost, Insurance and Freight’ (CIF).

“Malaysia buka penipu perdagangan seperti yang AS dakwa. Malaysia ialah salah satu negara perdagangan terbesar di dunia yang mengamalkan perdagangan antarabangsa yang bebas dan dil. Kerajaan Malaysia juga tidak memanipulasi mata wang atau membri bantuan yang menyalahi undang-undang antarabangsa, termasuk peraturan yang ditetapkan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO),” katanya.

Beliau berkata kedua-dua negara telah bersetuju untuk menggunakan Perjanjian Rangka Kerja Perdagangan dan Pelaburan (TIFA) sebagai sebuah platform bagi menyelesaikan isu-isu pelaburan perdagangan dua hala.

Pada Mac, pentadbiran Trump berkata ia akan menentukan negara dan barangan yang bertanggungjawab kepada defisit perdagangan AS$50 bilionnya. 

Negara-negara lain yang tersenarai ialah Jepun, Jerman, Mexico, Ireland, Vietnam, Itali, Korea Selatan, India, Thailand, Perancis, Switzerland, Taiwan, Indonesia dan Kanada. – 13 November, 2017.

Iklan
Iklan