Iklan

Harga minyak jatuh, Covid-19 tekan Putrajaya

Bernard Saw5 years ago13th Mar 2020Berita
Kuala lumpur 20200103 hasnoor 002
Malaysia kini berdepan keadaan sukar berikutan kejatuhan harga minyak dunia dan penularan wabak Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Mac, 2020.
Iklan

MALAYSIA berada dalam keadaan yang sukar dengan kejatuhan pendapatan kerajaan disebabkan oleh kejatuhan harga minyak serta kesan daripada wabak Covid-19 terhadap ekonomi, dan akan berdepan cabaran sukar untuk meningkatkan pendapatan sama ada dengan menaikkan cukai atau membuat pinjaman.

Putrajaya boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan pinjaman, walaupun ini akan meningkatkan hutang negara, kata pakar cukai.

Sebaliknya, dengan menaikkan kadar cukai, juga akan memberi impak negatif terhadap ekonomi, kata Pengurus K-Konsult Taxation Sdn Bhd Koong Lin Loong.

Beliau berkata tidak mungkin untuk meningkatkan kadar cukai bagi Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), yang bermakna pilihan untuk meningkatkan pendapatan daripada cukai tidak langsung adalah terhad.

Situasi semasa tidak memberi banyak pilihan kepada kerajaan untuk mempelbagaikan aliran pendapatan.

Dengan ruang fiskal terhad, pinjaman boleh menjadi pilihan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan, cadang Koong.

“Satu-satunya cara adalah dengan meningkatkan pendapatan bukan cukai, iaitu untuk mendapatkan pinjaman, tetapi ia akan meningkatkan hutang kerajaan,” katanya.

Dengan harga minyak menjunam ke lingkungan AS$30, kerajaan boleh menjangkakan beberapa penyesuaian terhadap hasilnya mengikut harga.

Pendapatan berkaitan minyak seperti dividen dari Petronas mencecah 19%, sementara cukai tidak langsung dan akaun bukan cukai masing-masing membentuk 11% dan 20%. – 13 Mac, 2020.

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan