Iklan

Majikan perlu bayar pekerja ketika perintah kawalan pergerakan, kata peguam

Sheridan MahaveraBernard Saw5 years ago18th Mar 2020Berita
Restricted movement order 180220 tmiseth 08
Pekerja bergaji RM2,000 dan ke bawah dilindungi undang-undang dan majikan boleh dihukum kerana memaksa cuti tanpa gaji ketika perintah kawalan pergerakan berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Mac, 2020.
Iklan

PEKERJA yang bergaji RM2,000 dan ke bawah sebulan perlu dibayar sepenuhnya oleh syarikat walaupun mereka tidak dapat bekerja kerana perintah kawalan pergerakan, kata peguam.

Peguam memberitahu The Malaysian Insight yang kumpulan pekerja ini dilindungi Akta Buruh 1955 dan tidak boleh dipaksa mengambil cuti tanpa gaji.

Majikan yang melanggar peruntukan ini boleh didenda sehingga RM10,000 untuk setiap kesalahan, kata mereka lagi.

Arahan untuk membayar gaji penuh dan tidak memaksa pekerja mengambil cuti tanpa gaji juga dinyatakan dalam FAQ yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara pada 16 Mac lepas.

Pekerja yang bergaji RM2,000 ke atas juga tidak boleh dipaksa mengambil cuti tanpa gaji kecuali kontrak pekerjaan mereka menyatakan sebaliknya.

Sejak semalam menjelang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, laporan mula muncul bahawa terdapat syarikat yang memaksa pekerja mereka mengambil cuti tanpa gaji.

Putrajaya melaksanakan penutupan sektor awam dan swasta kecuali beberapa industri penting bagi mengekang penyebaran wabak Covid-19 yang kini sudah menjangkiti 790 orang dan membunuh dua orang.

Pada Isnin lalu, Putrajaya mengarahkan penutupan semua perkhidmatan tidak penting bermula 18 sehingga 31 Mac.

Perkhidmatan penting yang dibenarkan terus dibuka adalah air, elektrik, telekomunikasi, pos, pengangkutan, minyak dan gas, perbankan, kesihatan, farmasi, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan dan makanan.

Hanya pekerja sektor berkenaan dibenarkan meninggalkan rumah mereka untuk keluar bekerja, manakala yang lain diminta berada di rumah.

Peguam Faizal Ridhuan berkata pekerja bergaji RM2,000 dan ke bawah tetapi dipaksa mengambil cuti tanpa gaji secara perundangan berhak menuntut gaji penuh.

“Majikan tidak dibenarkan menolak gaji mereka atau mengenakan cuti tanpa gaji kepada mereka,” katanya dalam siri tuit di Twitternya.

Majikan hanya dibenarkan membuat pemotongan gaji pekerja mengikut peruntukan undang-undang seperti untuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri, kata Faisal.

“Majikan yang membuat pemotongan gaji ketika tempoh perintah kawalan pergerakan melanggar undang-undang dan boleh dihukum,” kata Faizal. – 18 Mac, 2020.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan