Iklan

Jabatan Metereologi tukar sistem amaran cuaca

Melati A. Jalil7 years ago16th Nov 2017Berita
Penang disaster flood 06
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Wilfred Madius Tangau berkata perubahan itu adalah untuk memperbaiki sistem yang sedia ada kerana ia kurang difahami oleh masyarakat umum. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 November, 2017.
Iklan

JABATAN Metereologi Malaysia dijangka menggantikan kod amaran warna kepada amaran bertulis disebabkan kategori warna yang sukar difahami orang awam, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Wilfred Madius Tangau.

Wifred yang juga Ahli Parlimen Tangau berkata memberitahu Dewan Rakyat perubahan itu adalah untuk memperbaiki sistem yang sedia ada.

“Langkah utama ialah dengan mengubah kategori amaran kerana sekarang ini kita menggunakan warna kuning, jingga merah. Kita mengakui ia kurang difahami oleh masyarakat umum.

“Jabatan Metereologi Malaysia menukar amaran berwarna ke amaran bertulis. Kuning ditukar kepada perkataan waspada, jingga kepada buruk dan merah kepada bahaya,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Parit Sulong Noraini Ahmad mengenai usaha kerajaan dalam menyebarkan amaran cuaca awal di seluruh negara.

Jabatan itu mengeluarkan amaran dalam tiga ketegori : kuning, jingga dan merah.

Amaran cuaca kuning adalah bagi keadaan cuaca yang tidak memberi ancaman segera kepada penduduk.

Amaran cuaca jingga menunjukkan semua penduduk di kawasan terjejas perlu segera bersedia menghadapi sebarang keadaan yang dijangkakan.

Amarn cuaca merah menandakan penduduk dikehendaki keluar dari zon bahaya.

Pulau Pinang baru-baru ini dilanda banjir terburuk dalam tempoh 20 tahun dan meragut tujuh nyawa. – 16 November, 2017.

Iklan
Iklan