Iklan

Integriti tidak perlu publisiti

The Malaysian Insight7 years ago18th Nov 2017Editorial
Charity home disabled kirtash oku 041117 tmiseth 01
Integriti tetap akan tertonjol walau tidak ada mata yang memerhati. Seorang wanita yang menghidap sindrom Down sedang menyuapkan makanan kepada penghuni Kirtarsh Home for Children with Disabilities di Bukit Beruntung. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 November, 2017.
Iklan

INTEGRITI tetap akan tertonjol walau tidak ada mata yang memerhati.

Indah maksud ayat terkenal di atas. Maksud asalnya, integriti bermakna konsisten, tanpa pedulikan ganjaran, pujian atau markah politikal.

Ia bermaksud, menjadi seorang yang senonoh dan teguh pendirian, bukan hanya bila ada mata memerhati.

Integriti tidak boleh dibeli. Seperti mana kamu tidak boleh beli kredibiliti. Begitu jugalah kejujuran.

Najib Razak atau orang kuatnya mungkin terfikir adalah peluang terbaik untuk melawat pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim di hospital. Ini akan menunjukkan sisi baik hati Perdana Menteri sebagai seorang yang sanggup ketepikan sengketa politik dengan melawat seseorang yang baru lepas pembedahan.

Masalahnya ia kelihatan berbaur operasi politikal bergambar. Sama juga seperti lawatannya ke hospital Tung Shin beberapa hari lepas.

Mereka yang berhati mulia tidak akan mahu orang lain melihat kebaikan yang dilakukan mereka. Sukarelawan yang melawat pesakit dan orang tua serta membantu mereka tidak pula mengambil “selfie” atau memuat naik kebaikan mereka di Facebook.

Mereka hanya buat apa yang perlu.

Dermawan sebenar hulurkan wang ringgit kepada badan amal tetapi tidak pernah dahagakan pengiktirafan.

Berbeza dengan politikus terutamanya jenis yang sedang bersedia untuk pilihan raya, sentiasa akan mencari peluang untuk menonjol. Mereka nak beritahu kita bahawa mereka itu murah hati, penyayang, rendah diri, buta warna dan bersikap sederhana. Senarai “kebaikan” mereka tidak akan pernah putus untuk ditayangkan kepada kita. 

Cuma mereka tidak sedar yang kita tahu siapa mereka sebenarnya.

Integriti tetap akan tertonjol walau tidak ada mata yang memerhati.

Adakah Najib telah bersedia untuk memberi sumbangan kepada hospital-hospital Cina tanpa bunyikan semboyan? Adakah dia sudah bersedia untuk melawat Anwar untuk beberapa minit tanpa kehadiran kamera?

Beberapa bulan lalu, saudara Kristian Irish terakhir Felix James Donohue telah meninggal dunia. Ramai bekas pelajarnya daripada St Paul’s Institution dan St Xavier’s Institution mengunjungi majlis pengebumiannya.

Mereka hadir untuk memberi hormat terakhir dan mengucapkan terima kasih kepada seorang yang jujur, adil dan penyayang, bukan hanya kerana majlis pengebumian itu sahaja, tetapi memberi hormat dan terima kasih terhadap segala yang dilakukan sepanjang hayatnya.

Begitulah apa yang kita harapkan pada pemimpin kita. – 18 November, 2017.

Iklan
Iklan