Iklan

Jawatankuasa perkasa mahkamah Syariah ditubuhkan, kata Jamil Khir

Yasmin Ramlan7 years ago20th Nov 2017Berita
Jamil Khir Baharom
Menteri di Jabatan perdana Menteri Jamil Khir Baharom berkata Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah ditubuhkan untuk mengenal pasti sebarang masalah berbangkit berhubung cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah). – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 November, 2017.
Iklan

PUTRAJAYA menubuhkan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS) untuk meningkat dan memartabatkan sistem perundangan Syariah secara holistik selaras kedudukan Islam dalam Perlembangaan Persekutuan.

Menurut Menteri di Jabatan perdana Menteri Jamil Khir Baharom, ia bertujuan mengenal pasti sebarang masalah berbangkit berhubung cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355.

“Ia bertujuan membincangkan langkah yang boleh diambil untuk memperkasakan mahkamah Syariah di negara ini di samping mengenal pasti masalah berbangkit berhubung cadangan pindaan Akta 355,” kata beliau ketika menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar pada 16 November.

“Keanggotaan kedua-dua jawatankuasa ini terdiri daripada tokoh dalam negara yang pakar dalam pelbagai disiplin termasukundang-undang Syariah dan sivil.”

Jamil Khir turut memaklumkan usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 oleh Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang tertakluk kepada Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat semasa menjawab pertanyaan statusnya mengenainya. – 20 November, 2017.

Iklan
Iklan