Iklan

Dr Mahathir tak rugi jika usul undi tidak percaya gagal, kata penganalisis

Bernard SawChan Kok Leong4 years ago13th May 2020Berita
Mahathir mohamad bersatu malaysia pc 03 (1)
Andai usul itu gagal sekalipun, Dr Mahathir Mohamad telah berjaya membangkitkan persoalan mengenai keabsahan Muhyiddin Yassin sebagai PM, kata penganalisis politik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Mei, 2020.
Iklan

DR Mahathir Mohamad tidak rugi apa-apa jika usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Parlimen gagal, kata penganalisis.

Penganalisis politik Cheah See Kian berkata hakikatnya usul yang akan dibangkitkan di Dewan Rakyat itu mencemar rekod politik Muhyiddin yang khianat kepada pengasas Bersatu itu pada 2016 untuk melawan Umno.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Mohd Azlan Zainal berkata andai usul itu gagal sekalipun, Dr Mahathir telah berjaya membangkitkan persoalan mengenai keabsahan Muhyiddin sebagai perdana menteri.

“Sebagai pembangkang, tiada jalan lain untuk mencabar PM kecuali di Dewan Rakyat.”

Dr Mahathir kini semakin kuat menentang Muhyiddin dan penyokongnya yang sering nampak selangkah ke belakang.

Contohnya mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang sepatutnya diadakan pada Isnin, yang memanggil semua pimpinan parti kecuali Pengerusinya, Dr Mahathir dan Timbalan Presiden Mukhriz Mahathir.

Ia mencetus persoalan parti akan memecat mereka berdua. Mesyuarat itu bagaimanapun dibatalkan selepas timbul khabar angin pemecatan itu.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu gagal bertindak terhadap Dr Mahathir sebaik sahaja Perikatan Nasional mengambil alih Putrajaya pada awal Mac, dan pengerusi parti itu terus menjadi duri dalam daging.

Menurut Cheah, Dr Mahathir bijak berdiam diri sehinggalah baru-baru ini mengusul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Ahli Parlimen Langkawi itu dalam perutusan sempena ulang tahun kedua pilihan raya umum 9 Mei 2018 pada Sabtu lalu meminta ahli Bersatu merenung semula niat mereka dan jati diri perjuangan semasa menyertai parti itu.

Dr Mahathir berkata masa depan ahli Bersatu akan hancur bersama Perikatan Nasional. – 13 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan