Iklan

Pelan pemulihan perlu fokus permintaan domestik, kata pakar ekonomi

Bernard Saw4 years ago17th May 2020Berita
Kota kinabalu alive039
Pakar ekonomi berkata sebarang bantuan yang akan diberikan lagi perlu tertumpu bagi meastikan pasaran bergerak semula dengan memberi wang kepada rakyat supaya pengguna boleh membelanjakannya dan memperbaiki pengedaran wang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Mei, 2020.
Iklan

SEBARANG pelan pemulihan untuk mengurangkan kesan ekonomi Covid-19 tidak semestinya tertumpu kepada pada sektor, tetapi juga merangsang permintaan dalam negeri, kata pakar ekonomi.

Profestor bersekutu bidang ekonomi Universiti Tunku Abdul Rahman Wong Chin Yoong berkata jika permintaan domestik tidak meningkat, pakej rangsangan ekonomi mungkin memberi kesan merugikan terhadap ekonomi.

Wong berkata perniagaan bergantung kepada permintaan pasaran dan hanya permintaan yang cukup boleh mewujudkan suasana ekonomi yang positif.

“Jika tiada permintaan, sesetengah perniagaan mungkin tidak mengambil insentif dan ini memberi kesan sampingan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Wong berkata sebarang bantuan yang akan diberikan lagi perlu tertumpu bagi meastikan pasaran bergerak semula dengan memberi wang kepada rakyat supaya pengguna boleh membelanjakannya dan memperbaiki pengedaran wang.

Namun katanya sejak pakej yang diumumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali, ia dilihat sebagai memulihkan perniagaan berbanding kuasa membeli pengguna.

“Jika itu yang diumumkan, maka ia lebih kepada bantuan untuk industri berbanding pengguna. PPusingan wang dalam ekonomi dilihat dikendalikan oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

Azmin pada minggu lalu berkata kerajaan akan mengumumkan pelan pemulihan ekonomi bagi tempoh enam bulan pada akhir bulan ini dan menjelaskan tentang sektor yang terjejas teruk termasuk sektor elektrik dan elektronik.

Namun Wong berkata fokus perlu diberikan terhadap memulihkan sentimen pengguna yang kini masih rendah disebabkan rakyat menyimpan duit bagi menangani situasi tidak menentu seperti kehilangan kerja, pemotongan gaji dan kecemasan.

“Mereka yang pendapatannya tidak terjejas atau masih berkerja mungkin tidak berbelanja. Jadi keutamaan perlu memastikan wang beredar dalam pasaran,” kata Wong.

Bagi melaksanakan perkara ini, katanya Putrajya perlu mengambil kira usaha kerajaan sebelum ini mempromosikan penggunaan e-wallet dengan menyalurkan wang kepada rakyat untuk dibelanjakan dalam tempoh yang tertentu.

Wong berkata ini bagi memastikan pergerakan wang dalam pasaran dan tidak hanya menyimpan wang. – 17 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.
 

Iklan
Iklan