Iklan

Prestasi Bursa Malaysia bergantung situasi Covid-19 selepas raya, kata penganalisis

Bernard Saw4 years ago23rd May 2020Berita
Bursa malaysia epa 080814
Pasaran saham akan dipengaruhi oleh situasi Covid-19 dan trend pertumbuhan semasa tidak akan berterusan sekiranya gelombang wabak kedua bermula. – Gambar EPA, 23 Mei, 2020.
Iklan

BURSA Malaysia mencatatkan perolehan harian tertinggi sebanyak RM10 bilion awal minggu ini tetapi penganalisis memberi amaran prestasi baik bergantung pada situasi Covid-19 selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Selepas mencapai rekod pada 18 Mei, Bursa berdepan penurunan pada keesokan harinya tetapi prospek kekal baik dengan penganalisis berkata pelabur akan terus optimis.

Ini juga menunjukkan pelabur optimis terhadap ekonomi.

Mereka bagaimanapun memberi amaran bahawa optimis yang berterusan akan bergantung pada situasi Covid-19, baik di Malaysia dan di seluruh dunia.

Ketua Strategi Philip Capital Phua Lee Kerk berkata optimis dalam pasaran saham disebabkan oleh prestasi ekonomi suku pertama yang lebih baik daripada jangkaan, pemulihan harga minyak mentah dan musim cuti.

Phua berkata pasaran saham akan dipengaruhi oleh situasi Covid-19 dan trend pertumbuhan semasa tidak akan berterusan sekiranya gelombang wabak kedua bermula.

“Optimis ini akan berlanjutan hingga Hari Raya pada minggu ini. Untuk minggu berikutnya kita harus melihat keadaan Covid-19 di seluruh dunia. Sekiranya wabak itu terkawal, maka ia harus berterusan sehingga selepas Hari Raya,” katanya.

Beberapa penganalisis dilaporkan mengingatkan pelabur yang terlalu optimis tetapi Phua berkata itu bergantung pada perkembangan pandemik.

“Tidak ada yang tahu bagaimana keadaannya sekarang jadi mengapa seoptimis itu,” katanya.

Sekiranya tidak ada gelombang jangkitan baharu Phua berkata pasaran akan mulai pulih dan amaran bencana akan menjadi reaksi yang berlebihan.

Mengenai peningkatan tren pembelian minyak mentah dan gas, Phua berkata ini juga dipengaruhi secara langsung oleh wabak tersebut dengan aktiviti ekonomi yang lemah menurunkan permintaan bahan mentah bahan bakar.

“Arab Saudi sudah mengurangkan jumlah pengeluaran dan jika Covid-19 terkawal dan kegiatan ekonomi pulih, permintaan juga akan kembali sedia kala.

“Selagi tidak ada gelombang jangkitan kedua atau ketiga, permintaan minyak mentah akan stabil dan begitu juga harganya. Ini semua baik untuk pasaran saham,” katanya. – 23 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan