Iklan

Usaha agensi pelancongan berdepan suasana suram

Bernard Saw4 years ago27th May 2020Berita
Sabah park open024
Operator pelancongan boleh kendali kumpulan kecil pelancong yang masih mahu menyertai aktiviti luar, untuk mengekalkan penjarakan sosial. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 27 Mei, 2020.
Iklan

OPERATOR eko-pelancongan perlu ada strategi baharu yang tidak pernah diambil sebelum ini untuk berdepan dengan kesan akibat wabak Covid-19, kata Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA) Uzaidi Udanis.

Uzaidi berkata salah satu strategi utama itu ialah mempromosikan destinasi yang sebelum ini kurang dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Contohnya Cherating di Pahang, di mana pelancong asing datang untuk lihat kunang-kunang. Ramai orang tempatan tidak tahu ia adalah destinasi pelancongan,” katanya.

Antara cabaran dalam industri pelancongan pada masa ini ialah tidak tahu bila perjalanan rentas negeri akan dibenarkan, atau sama ada pelancong asing akan dibenarkan masuk atau tidak.

Beliau berkata industri pelancongan pada masa ini mendigitalkan kemudahan pelancongan dan menggunakan media sosial.

“Sesetengah laman web pelancongan ada 50,000 atau 100,000 pengikut. Kita sebelum ini tidak gunakan ia untuk promosi tarikan pelancong. Sekarang kita perlu gunakan platform itu sebaik mungkin.”

Uzaidi berkata beliau percaya pelancong masih mahu menyertai aktiviti luar, seperti mendaki gunung, dan operator pelancongan masih boleh mengendalikan kumpulan-kumpulan kecil untuk mengekalkan penjarakan sosial.

“Tidak perlu cakap tentang pelancongan ke luar negara. Kita perlu selamatkan pelancongan tempatan dan perniagaan berkaitannya dulu, seperti kedai, restoran dan hotel,” katanya.

Uzaidi berkata ada ahli mengadakan promosi pakej rumah inap secara online, di mana tempat tinggal yang boleh menempatkan 10 orang hanya dikenakan bayaran RM250.

Katanya, rumah inap itu akan menerima perolehan tunai sebanyak RM3,000 dalam tempoh sebulan sementara pelancong dapat menikmati harga istimewa hingga hujung tahun depan.

“Kita perlu aliran tunai untuk selamatkan industri pelancongan tempatan terlebih dulu, kemudian baru boleh bincang tentang cara menarik pelancong asing.

“Eko-pelancongan di Malaysia masih dalam baik. Kami gesa Kementerian Pelancongan dan kerajaan negeri mengukuhkan eko-pelancongan dan menarik lebih ramai pelancong tempatan.

“Banyak hotel 5-bintang di Langkawi yang dipromosikan. Sekarang tempatan boleh dibuat menjelang akhir tahun depan. Pemilik hotel ada perniagaan dan wang tunai untuk mengekalkan operasi tanpa perlu memberhentikan pekerja,” katanya. – 27 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan