Peluang Bersatu tipis pada PRU15, kata penganalisis
Iklan
BERSATU mempunyai peluang tipis untuk menghadapi pilihan raya berikutan kedudukannya yang lemah berbanding pesaingnya Perikatan Nasional (PN), kata penganalisis mengenai kemungkinan berlaku perubahan kerajaan berikutan spekulasi pilihan raya akan diadakan lebih awal.
Kedua-dua pihak kini terlibat dalam pergelutan untuk meraih jumlah majoriti, manakala kerajaan PN Muhyiddin Yassin juga cuba untuk membuktikan kesahannya selepas mengambil alih kerajaan dengan majoriti tipis ahli Parlimen pada Mac.
Bagaimanapun, kemungkinan Bersatu akan menjadi mangsa apabila pilihan raya awal diadakan, kata pensyarah sains politik Dr Lau Zhe Wei.
“Bersatu akan jadi yang paling rugi. Ia tiada nilai yang unik, tidak seperti Pakatan Harapan dan Muafakat Nasional (terdiri daripada Umno dan PAS), Bersatu akan ketinggalan sekiranya berdiri sendiri,” kata Lau daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
“Sekiranya pengundi mahu parti nasionalis Melayu, mereka boleh memilih Umno. Sekiranya rakyat mahu parti Islam, mereka boleh memilih PAS. Sekiranya mereka tidak mahu parti sayap kanan Islam, mereka ada Amanah dalam pembangkang.
“Jadi saya tidak nampak sama ada Bersatu mempunyai pendirian jelas dalam situasi politik kini. Mereka tidak boleh arah haluan kanan kerana mereka tiada tandingan dengan Umno dan PAS, dan mereka juga tidak boleh berhaluan kiri untuk pendirian berdasarkan nilai sejagat selepas mengkhianati ‘mandat rakyat’”.
Beliau merujuk kepada peranan Bersatu yang diterajui Muhyiddin sebagai presiden, dalam menjatuhkan kerajaan PH pada Februari lalu. Tanpa persetujuan Pengerusi Bersatu dan perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin membawa Bersatu keluar daripada PH untuk menubuhkan gabungan baharu dengan Barisan Nasional, PAS dan beberapa pemimpin PKR dengan sokongan Gabungan Parti Sarawak.
Ini membawa kepada peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan kejatuhan kerajaan PH.
Tambah Lau, Bersatu yang ditubuhkan pada 2016 iaitu yang terbaharu berbanding parti lama, adalah lemah dari segi keahlian, mobilisasi dan kestabilan akar umbi.
Pembahagian kerusi pada pilihan raya berikutnya akan menjadi rintangan utama dalam PN kerana parti-parti itu saling bertentangan di kawasan Parlimen yang sama pada pilihan raya sebelumnya.
Bersatu juga terdiri daripada bekas ahli Umno, justeri pertikaian mungkin timbul berhubung calon bagi kerusi.
Pada pilihan raya umum 2018, Bersatu hanya memenangi 13 daripada 52 kerusi Parlimen yang ditandinginya. Ia merupakan parti paling baharu dalam PH, yang diasaskan bersama pada 2016 oleh Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin.
Kini, Bersatu mempunyai 33 ahli Parlimen selepas memecat Dr Mahathir Mohamad (Langkawi), Mukhriz Mahathir (Jerlun), Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) bulan lalu.
33 ahli Parlimen Bersatu itu terdiri daripada tujuh ahli Parlimen yang menang di bawah tiket Pakatan Harapan pada 2018, 15 daripada Umno dan 11 PKR.
Lau berkata, pembahagian kerusi akan menjadi ssatu cabaran besar untuk dirunding ahli PN.
“Saya tidak boleh fikir bagaimana mereka akan bahagikan. Ia akan menjadi tiga parti bertanding bagi kerusi yang mempunyai karakteristik sama.”
Umno juga mahu memastikan ia memiliki kerusi paling banyak bagi memastikan perdana menteri dalah dari partinya, tambah Lau.
Seorang lagi penganalisis, Mohd Azizuddin Mohd Sani menegaskan bahawa Umno dan PAS sudah berada dalam pakatan politik mereka sendiri yang disebut Muafakat Nasional, dan secara wajar dapat memutuskan mereka tidak memerlukan Bersatu yang lebih kecil sebagai rakan pilihan raya.
“Sekiranya mereka merasakan cukup kuat, Muafakat mungkin akan teruskan PRU15 tanpa Bersatu.
Tambah Lau, ia mungkin akan menyebabkan Bersatu bersendirian dalam piihan raya umum akan datang, yang mana ia akan menyebabkan peluang untuk menang tipis.
Mohd Azizuddin juga berkata, PN masih boleh menubuhkan “jenama politik” yang mencerminkan semua ahli partinya.
“Mereka perlu bersetuju mengenai calon, manifesto dan agenda dasar untuk PRU15.
“Bagaimanapun, sekiranya berlaku pertikaian dalaman PN mengenai pelbagai isu, gaungan tidak rasmi tu akan musnah,” kata pensyarah politik dan hubungan antarabangsa Universiti Utara Malaysia.
Mohd Azizuddin berkata, PN boleh memanfaatkan prestasinya dalam mengendalikan pandemik Covid-19, yang mungkin boleh membantu Muhyiddin di beberapa kerusi.
Sekiranya kerajaan dapat melakukan pemulihan ekonomi yang sihat, ini akan meningkatkan kedudukannya.
“Selama mereka berada dalam kerajaan, PN memiliki sumber untuk kekal berkuasa.
“Ia nampaknya seperti PN ada kelebihan. Tetapi kenyataannya adalah bahawa dinamik politik dapat berubah dengan cepat.”
Lau mengatakan beberapa faktor termasuk jumlah keluar mengundi kerana kemungkinan mereka hilang minat berikutan sudah letih dan kecewa selepas kejatuhan PH dan politik yang berterusan.
“Mereka mungkin merasa seolah-olah undi mereka tidak lagi penting.”
Jumlah pengundi yang tinggi, seperti 80% semasa PRU14, akan menjadi petunjuk yang baik bahawa pengundi cukup prihatin untuk mempunyai suara. Lau menjangkakan isu-isu seperti pelantikan politik PN dan pemecatan tokoh berprofil tinggi seperti Riza Aziz dan Musa Aman dari kes rasuah mereka, mempengaruhi sentimen pengundi.
Mohd Azizuddin bagaimanapun merasakan pengundi atas pagar cenderung memilih berdasarkan prestasi.
“Pada pilihan raya berikutnya, mereka mungkin tertarik pada PN kerana cara kerajaan menangani Covid-19 dan krisis ekonomi.”
Pengundi atas pagar pada umumnya tidak cenderung untuk menyokong pihak tertentu, tambahnya.
Mohd Azizuddin juga menyatakan bahawa pengudi atas pagar terbahagi pada PRU14.
“PH hanya mendapat 48% undi popular walaupun mereka memenangi PRU dengan majoriti mudah.”
Katanya, PH perlu berusaha secara khusus untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dan menunjukkan bahawa ia boleh menjadi alternatif yang lebih baik untuk kerajaan PN. – 15 Jun, 2020.