Iklan

Mahkamah tolak permohonan kerajaan bekukan dana Umno 

Bede Hong4 years ago19th Jun 2020Berita
Amnuu
Peguam Umno memberi jaminan parti itu mempunyai "aset yang cukup", termasuk bangunan PWTC tidak berdepan risiko muflis.– Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Jun, 2020.
Iklan

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan kerajaan untuk membekukan akaun bank Umno sebanyak RM192 juta sementara menunggu rayuan terhadap kes lucut hak.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan turut mengetepikan permohonan berhubung dana dalam akaun Wanita MCA, Perano Sdn Bhd dan Binsabi Sdn Bhd.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memohon untuk merampas RM300,000, RM337,634.78 dan RM827,250 masing-masing daripada Wanita MCA, Perano dan Binsabi.

Dalam penghakimannya, Zaini berkata kerajaan gagal membuktikan Umno muflis dan tidak mampu membayar RM192 juta sekiranya mahkamah rayuan membuat keputusan mengenainya.

Peguam yang mewakili parti itu Hariharan Tara Sing, memberi jaminan bahawa Umno memiliki “aset yang cukup” dan tidak menghadapi risiko muflis. 

Parti itu membelanjakan RM59 juta dalam tempoh 18 bulan sejak rampasan, dengan RM3.3 juta digunakan untuk membayar gaji 300 kakitangannya, mahkamah didengar.

Antara aset Umno adalah bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang bernilai kira-kira RM450 juta, kata timbalan pendakwa raya Samihah Rhazali. – 19 Jun, 2020.

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan