Iklan

Dasar pasca pandemik perlu jelas untuk lonjak ekonomi, kata pakar

Bernard Saw4 years ago25th Jun 2020Berita
Economi
Pakar ekonomi berkata kerajaan perlu ada dasar susulan kepada moratorium enam bulan terhadap semua pinjaman kerana menjelang Oktober, kepenggunaan dijangka merudum dan ini akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Jun, 2020.
Iklan

PROSPEK ekonomi Malaysia pada masa ini kelihatan suram, dan selain beberapa langkah menghentikan jurang yang dilaksanakan untuk merangsang ekonomi, pakar berkata tiada langkah jangka panjang yang diambil.

Pakar ekonomi berkata kepenggunaan dijangka menjunam menjelang Oktober kerana kebanyakan rakyat Malaysia akan mahu berjimat-cermat, dan tindakan itu akan membantutkan lagi prospek ekonomi.

Beberapa minggu selepas dasar membangkitkan semula ekonomi Penjana, pakar ekonomi berkata kerajaan masih belum memberikan dengan jelas hala tuju pasca pandemik untuk mengurangkan keresahan ekonomi rakyat.

Mereka berkata kerajaan nampaknya tidak ada dasar susulan kepada moratorium enam bulan terhadap semua pinjaman, menambah ini akan membawa kepada penurunan kepenggunaan pada Oktober, apabila tempoh moratorium itu tamat.

Pakar ekonomi kanan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Adli Amirullah berkata kerajaan perlu menyediakan dasar dalam berdepan kemungkinan berlaku kemelesetan ekonomi.

Walaupun rakyat menjangkakan kerajaan akan membentangkan dasar ekonomi pasca pandemik, Penjana sebaliknya hanya tambahan kepada bantuan ekonomi diumumkan sebelum ini, sementara langkah susulan masih tidak jelas.

“Bercakap secara optimistik, kemelesetan ekonomi akan menyebabkan kita terus terkurung di Malaysia, jadi keadaan tidak akan terlalu buruk, tetapi ia bakal memberi kesan juga.

“Tetapi persoalannya sama, bagaimana kerajaan akan bertindak balas terhadap keadaan ekonomi ini,” kata Adli kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata kerajaan perlu ada dasar jelas untuk ekonomi pasca pandemik, dan walahpun perdana menteri mengagihkan tugas kepada menteri berkaitan, dasar seumpama itu tidak kelihatan.

“Ramai hilang kerja, tetapi kita tidak ada jawapan untuk mereka. Kerajaan perlu ada dasar jelas dan maklumkan kepada rakyat, dan itu termasuk membangkitkannya di Parlimen supaya semua orang tahu keadaannya,” kata Adli.

Beliau berkata walaupun dasar itu mungkin tidak dilaksanakan serta-merta, ia boleh mengembalikan keyakinan dalam ekonomi dan tidak sepatutnya diabaikan.

Adli berkata angka pengangguran akan terus meningkat pada suku kedua dan ketiga jika kerajaan masih tidak ada rancangan baharu. – 25 Jun, 2020.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan