Iklan

Belum ada tarikh kebenaran perjalanan antarabangsa, kata Noor Hisham

Bede Hong4 years ago26th Jun 2020Berita
Klia covid19 tmikamal 08
Sempadan Malaysia mungkin dibuka semula sebelum PKPP berakhir pada 31 Ogos. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Jun, 2020.
Iklan

MALAYSIA belum menetapkan tarikh untuk membenarkan perjalanan antarabangsa ke negara yang mempunyai prosedur timbal balik bagi menangani Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Perbincangan belum selesai dengan negara lain, katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

“Kami belum ada rancangan atau strategi konklusif. Pada masa sekarang, ia masih awal dan kami belum menetapkan tarikhnya.

“Apa yang lebih penting ialah kita memantau keadaan di negara lain. Kita ingin memperoleh keseimbangan antara nyawa dan mata pencarian,” katanya.

Noor Hisham sebelumnya berkata sempadan Malaysia mungkin dibuka semula sebelum perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) berakhir pada 31 Ogos.

Enam negara yang dikenal pasti sebagai “negara hijau”, atau negara dengan peraturan Covid-19 timbal balik adalah Singapura, Brunei, Australia, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan.

Antara masalah yang perlu diselesaikan adalah prosedur operasi standard (SOP) untuk perjalanan dan kuarantin, kata Noor Hisham.

Daripada lima kes import Covid-19 hari ini, empat melibatkan rakyat Malaysia yang pulang dari United Kingdom, Indonesia, Thailand dan Singapura. 

Satu lagi kes import melibatkan warga Rusia memasuki negara ini untuk bekerja, dengan izin keutamaan tinggi daripada kerajaan.

Noor Hisham tidak mengenal pasti sektor mana beliau bekerja. – 26 Jun, 2020.

Iklan
Iklan