Iklan

RM5.2 bilion diagihkan menerusi skim subsidi gaji

Chan Kok LeongKamles Kumar4 years ago14th Jul 2020Berita
Work
Lebih RM5.2 bilion diagihkan kepada rakyat Malaysia menerusi skim subsidi gaji, di mana ia membantu majikan terus menggaji pekerja ketika pandemik Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Julai, 2020.
Iklan

LEBIH RM5.2 bilion diagihkan kepada rakyat Malaysia menerusi skim subsidi gaji, di mana ia membantu majikan terus menggaji pekerja ketika pandemik Covid-19, kata M. Saravanan.

Menteri sumber manusia itu berkata program berkenaan pada awalnya RM5 bilion tetapi ditambah hingga RM13.8 bilion.

“Sehingga 30 Jun, lebih 38% atau RM5.2 bilion diagihkan kepada 31,900 majikan untuk 2.6 juta pekerja,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Antara industri yang memohon subsidi gaji ialah industri perkhidmatan dengan 29% daripada jumlah keseluruhan permohonan.

Saravanan berkata Perikatan Nasional (PN) amat prihatin dengan memperkenalkan beberapa suntikan tunai untuk terus memastikan rakyat Malaysia dapat bertahan.

“PN di bawah kepimpinan perdana menteri mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan langkah yang termasuk program mengekalkan pekerja dan subsidi gaji.”

Ahli Parlimen Tapah berkata sejak Januari, lebih 48,000 orang hilang pekerjaan, menurut skim insurans pekerja Perkeso.

Baru-baru ini, Persekutuan Majikan Malaysia menggesa Putrajaya melanjutkan subsidi gaji hingga akhir tahun. – 14 Julai, 2020.

Iklan
Iklan