Iklan

Putrajaya kaji subsidi untuk rakyat Malaysia guna RTS, kata menteri

Kamles KumarNoel Achariam4 years ago21st Jul 2020Berita
Wee ka siong mrt 20200504 095129
Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata kerajaan sedang mengkaji mekanisme membantu rakyat Malaysia yang terpaksa berulang-alik ke Singapura menaiki RTS. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Julai, 2020.
Iklan

KERAJAAN sedang mengkaji subsidi untuk rakyat Malaysia yang berulang alik menggunakan Sistem Transit Laju (RTS) ke Singapura, kata Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong

Ini kerana walaupun harga tiket sama seperti penumpang Malaysia dan Singapura, tambang akan dikenakan dalam matawang masing-masing.

Penggunaan kedua-dua matawang akan dikenakan apabila pengguna membayar dari negara tempat mereka naik.

“Harga tiket akan sama untuk rakyat Singapura dan Malaysia. Tetapi matawang akan berbeza. Rakyat Malaysia akan membayar dalam ringgit jika masuk dari Malaysia.

“Jika anda masuk dari Singapura, tidak kira mereka rakyat Malaysia atau Singapura, mereka perlu membayar dalam matawang Singapura. Harganya akan sama tetapi matawang berbeza,” kata Wee ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu menjawab soalan Akmal Nasrullah Nasir (Johor Baru-PH) yang bertanya status terkini projek rel sejauh 4km yang menghubungkan Johor Baru ke Singapura yang mengalami masalah kelewatan.

Wee menambah Putrajaya sedang mengusahakan mekanisme untuk yang membantu rakyat Malaysia yang akan menggunakan RTS untuk ke Singapura bagi bekerja setiap hari.

“Kami tidak mahu mereka meanggung penuh kosnya. Kami sedang mencari kaedah yang memberi manfaat kepada mereka yang terpaksa masuk ke Singapura.

Mengenai status projek itu, Wee berkata RM500 juta lagi akan ditambahkan pada kos projek yang pada awalnya dianggarkan berjumlah RM3.16 bilion.

Pembinaan akan bermula pada Januari 2021 dan RTS akan beroperasi sepenuhnya pada akhir 2026.

“Pembinaan rangkaian RTS akan bermula sebaik sahaja mendapat semua kelulusan dan dijadualkan pada Januari 2021 serta mula beroperasi pada akhir 2026,” kata Wee.

Projek itu akan menghubungkan Bukit Chagar di Johor Baru ke Woodlands, Singapura, dan dijangka digunakan oleh 10,000 penumpang dari Johor ke republik itu setiap hari.

Majlis menandatangani perjanjian berkaitan projek antara Singapura dan Malaysia akan diadakan pada 31 Julai, bagi disaksikan oleh kedua-dua perdana menteri, kata Wee. – 21 Julai, 2020.

Iklan
Iklan