Harga siling pelitup muka dikurang kepada RM1.20
Iklan
HARGA siling pelitup muka diturunkan kepada RM1.20 bermua 15 Ogos, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi.
Beliau memberitahu Dewan Rakyat semakan harga itu dibuat sejajar dengan rancangan kerajaan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam.
Harga borong bagi seunit pelitup muka adalah RM1.45. Ia akan dikurangkan sebanyak 30 sen kepada RM1.15, katanya.
Sementara harga runcit semasa RM1.50 seunit akan dikurangkan kepada RM1.20.
Kementerian juga mendapati bekalan pelitup muka mencukupi melalui bekalan domestik, import dan di platform e-dagang.
“Kerajaan prihatin dan peka terhadap perkembangan terbaru Covid-19 terutama mengenai keperluan untuk pelitup muka.
“Kita akan terus mengkaji keperluan untuk mengurangkan harga pelitu muka dan akan memastikan bekalan mencukupi,” katanya.
Menteri berkata demikian menjawab soalan tambahan Rohani Abdul Karim (Batang Lupar-GPS) mengenai rasional di sebalik pengurangan harga pelitup muka. – 23 Julai, 2020.