Iklan

Polis kerja siang malam siapkan siasatan RCI forex, kata KPN

Melati A. Jalil7 years ago6th Dec 2017Berita
Fuzi harun igp 111017 tmiseth 02
"Siasatan intensif” ke atas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian forex sedang dijalankan, kata Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Disember, 2017.
Iklan

POLIS sedang menjalankan “siasatan intensif” ke atas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian forex, kata Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun.

Katanya lebih banyak masa diperlukan sebelum polis boleh menyelesaikan siasatan, disebabkan polis masih belum mengenal pasti individu yang disebut dalam laporan itu.

Laporan RCI itu dibentangkan di Dewan Rakyat minggu lepas.

“Siasatan intensif masih dijalankan.

“Hanya tunggu dan lihat, kami bekerja siang malam untuk memastikan yang siasatan ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya kepada wartawan di Kuala Lumpur hari ini.

Apabila ditanya sekiranya siasatan itu sempat disiapkan sebelum pilihan raya umum akan datang, katanya: “Saya tak pasti tentang itu. Awak perlu berikan kami masa kerana saya sedang menekan (untuk siapkan siasatan) pegawai saya siang malam.

“Mereka sedang buat (jalankan siasatan),” katanya.

Sebelum ini, Fuzi berjanji yang polis akan adil saksama dalam menjalankan siasatan laporan itu dan sebuah pasukan khas sudah ditubuhkan khusus untuk menyiasatnya. – 6 Disember, 2017.

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan