Mat Sabu khuatir negara terjebak masalah perkauman jika ketuanan Melayu tidak dikawal
Iklan
KETUANAN Melayu jika dibiarkan, akan menyebabkan Malaysia menjadi seperti Amerika Syarikat (AS), yang kini menghadapi masalah disebabkan oleh golongan supremasi kulit putih, kata Presiden Amanah, Mohamed Sabu hari ini.
Beliau memberi amaran yang Malaysia sedang menuju kemerosotan perkauman, dan jika dibiarkan, akan seperti AS dalam tempoh satu abad.
“Inilah juga bahaya jika kita membicarakan ketuanan Melayu. Kita perlu mengutarakan agenda orang Melayu yang berwibawa, orang Melayu yang bertakwa dan orang Melayu yang berintegriti, bukan ketuanan Melayu.
“Ini seperti ketuanan orang kulit putih. Sekarang kita tidak dapat melihat bahaya itu kerana masih di peringkat permulaan tetapi ia berlaku beratus tahun di AS yang akhirnya kita lihat ketuanan putih itu membawa kancah yang tidak berkesudahan dan merebak ke seluruh dunia,” kata Mohamad ketika membahaskan titah diraja.
Ahli Parlimen Kota Raja itu berkaitan kematian lelaki kulit hitam George Floyd semasa penangkapannya oleh pegawai polis berkulit putih. Kejadian itu menyebabkan tunjuk perasaan di seluruh dunia yang dicetuskan oleh gerakan Black Lives Matter.
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, menambah pemimpin AS sebenarnya menyebarkan dan bukannya membanteras perkauman.
“Para pemimpin itu sendiri mengapi-apikan perkauman sehingga berlaku huru-haradi seluruh Amerika. Walaupun terdapat pandemik, orang ramai tetap keluar melakukan protes,”katanya.
Komen bekas menteri pertahanan itu mencetuskan kekecohan di Parlimen apabila beberapa ahli Parlimen menuduhnya menghina bangsa Melayu.
Noh Omar daripada Umno menjerit kepada Mat Sabu kerana menyamakan orang Melayu dengan rasuah dan ketuanan kulit putih.
“Siapa yang rasuah di sini? Adakah anda mempunyai bukti? Jangan terlalu umum. Anda orang Melayu, jangan menghina orang Melayu.
“Kita mesti mempunyai maruah. Jangan menghina bangsa kita,” kata ahli Parlimen Tanjung Karang itu.
Mat Sabu menafikan menghina orang Melayu, sambil menambah rakyat tidak boleh menyokong orang Melayu yang korup. – 27 Julai, 2020.