Iklan

Walau kembali berkuasa, sokongan kaum Cina untuk MCA masih rendah, kata penganalisis

Bernard Saw4 years ago1st Aug 2020Berita
Mca 70th anniversary 201900302 tmiafif 10
MCA kini memiliki platform untuk menunjukkan apa yang ia boleh lakukan tetapi hasilnya tidak memberangsangkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Ogos, 2020.
Iklan

SOKONGAN kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN), khususnya MCA tetap tidak mencukupi walaupun setelah gabungan itu kembali berkuasa dalam bentuk Perikatan Nasional (PN), kata penganalisis.

Mereka berkata BN dan parti komponen kaum Cina sepatutnya menyaksikan kembalinya 30% undi kaum Cina, sebahagian besarnya disebabkan oleh perasaan tidak puas hati masyarakat terhadap Pakatan Harapan (PH), tetapi kebanyakannya memilih untuk tetap setia kepada bekas kerajaan gabungan itu.

Lima bulan selepas berjaya kembali berkuasa, parti yang mewakili kepentingan kaum Cina itu dilihat berterusan medapat kelebihan daripada polisi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tanpa membuktikan kemampuannya sendiri, kata pengulas politik Kenneth Cheng.

“Semua kerjasama adalah untuk Muhyiddin, saya tidak rasa MCA tidak mencapai apa-apa dengan usahanya sendiri,” kata Cheng.

“MCA kini mempunyai platform untuk membuktikan apa yang ia boleh lakukan tetapi hasilnya tidak memberangsangkan.”

Cheng berkata Presiden MCA Wee Ka Siong, yang merupakan menteri pengangkutan, hilang peluang untuk menjadi sebahagian daripada proses pengambilan keputusan dalam rundingan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Sejak 1990-an, kecenderungan politik masyarakat Cina berlegar antara parti kerajaan dan pembangkang.

Wee sendiri mengingatkan kerajaan baharu ketika ia memperoleh kuasa ada Mac yang mereka tidak boleh berharap sokongan kaum Cina akan terus teguh.

Walaupun MCA menang pilihan raya kecil Tanjung Piai tahun lalu, Wee berkata ada kemungkinan parti itu ditolak lagi dalam pilihan raya akan datang.

Wee berkata pengundi memilih MCA dan BN di Tanjung Piai hanya kerana mereka kecewa dengan PH.

“Itu adalah suara protes, jadi terlalu awal untuk berkata sokongan kaum Cina (untuk MCA) telah kembali,” kata Wee sebagaimana dilaporkan. – 1 Ogos, 2020.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan