Iklan

1MDB pastinya diuruskan oleh orang bodoh, kata Shafee

Kamles Kumar4 years ago4th Aug 2020Berita
Najib razak corruption 1mdb trial high court 03
Peguam dalam perbicaraan rasuah Najib Razak di mahkamah hari ini berkata 1MDB pastinya diuruskan oleh pengurusan yang 'bodoh' kerana membayar berjuta-juta dolar kepada entiti palsu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 4 Ogos, 2020.
Iklan

1MALAYSIA Development Berhad (1MDB) pastinya diuruskan oleh pengurusan yang “bodoh” kerana membayar berjuta-juta dolar kepada entiti palsu, kata peguam bela dalam perbicaraan rasuah Najib Razak di mahkamah hari ini.

Peguam Muhammad Shafee Abdullah berkata sedemikian ketika pemeriksaan balas dengan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung pembayaran 1MDB sebanyak AS$577 juta kepada Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI) wang jaminan.

Aabar BVI adalah syarikat yang berdaftar di Virgin Islands dan dikendalikan oleh ahli perniagaan buruan Low Taek Jho dan bukan anak syarikat sebenar Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) yang seharusnya menerima dana tersebut.

Shafee ketika pemeriksaan balas berkata Shahrol dan lembaga 1MDB sudah pastinya berdepan keadaan bermasalah sehingga membuat keputusan yang teruk. 

“Anda setuju, 1MDB diuruskan oleh sekumpulan orang bodoh?” soal Shafee kepada Shahrol.

Shahrol tidak memberikan sebarang komen.

Shahrol, 49, berkata Aabar BVI pada awalnya tidak menunjukkan ada masalah tertentu kerana syarikat itu memiliki rekod buruk dan dicadangkan oleh Low yang juga dikenali sebagai Jho Low.

“Di luar pemeriksaan tidak rasmi, saya melakukan penyelidikan sendiri. Saya rasa beberapa kakitangan kanan saya juga melakukan perkara sama. Kami tidak melakukan usaha wajar.

“Pada waktu itu kami tak ada alasan untuk ragu-ragu dan ingin tahu tentang hal ini. Saya setuju apabila berfikir semula, kita seharusnya berhemah,” kata Shahrol.

Sebab lain Shahrol tidak mengesyaki Aabar BVI adalah kerana nama seperti Khadem Al-Qubaisi (pengarah urusan IPIC ketika itu) dan Mohamed Badawy al-Hussieny berada dalam pengurusan Aabar BVI dan mereka tidak asing lagi kerana pernah terlibat dalam perjanjian 1MDB sebelum ini. – 4 Ogos, 2020.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan