Iklan

1 kes Covid-19, tiada kematian, 16 kes pulih 

Bede Hong4 years ago4th Aug 2020Berita
Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 193 kes aktif setakat hari ini.– Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Ogos, 2020.
Iklan

MALAYSIA merekodkan 16 kes pulih dan hanya satu kes jangkitan baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Tiada kes kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kematian kekal 125.

Jumlah kes keseluruhan kini ialah 9,002, dengan jumlah kes pulih kekal 8,684. Terdapat 193 kes aktif.

Satu-satunya kes hari ini melibatkan rakyat Malaysia yang menjalani ujian saringan penyakit pernafasan akut yang teruk (SARI) di Hospital Tuanku Fauziah di Perlis.

Tiada pesakit dirawat di unit rawatan rapi.

Kali terakhir satu kes jangkitan baharu dilaporkan adalah sebulan lalu pada 1 Julai, kata Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan.

“Kementerian kesihatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk pencapaian ini, kerana keputusan ini adalah hasil usaha keras dan kerjasama dalam kalangan agensi dan masyarakat keseluruhannya,” katanya.

Dr Noor Hisham turut menggesa orang awam terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, termasuk mengamalkan penjarakan sosial 1 meter dan mengekalkan kebersihan diri seperti kerap membasuh tangan. – 4 Ogos, 2020.

Iklan
Iklan