Iklan

Arahan jalani ujian saringan Covid-19 di Kubang Pasu berita palsu, kata kementerian

Bede Hong4 years ago4th Aug 2020Berita
Dr noor hisham moh tmikamal 04
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata arahan menyuruh ibu bapa dan pelajar yang bercuti di Kubang Pasu untuk melakukan ujian Covid-19 adalah palsu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Ogos, 2020.
Iklan

KEMENTERIAN Kesihatan menolak dakwaan yang disebarkan dalam talian bahawa pihaknya mengarahkan ibu bapa dan pelajar yang bercuti di Kubang Pasu, Kedah untuk melakukan ujian Covid-19 di klinik berdekatan.

“Harap maklum bahawa Kementerian Kesihatan belum mengeluarkan arahan rasmi dan sebarang dakwaan adalah palsu,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.

Seperti yang diumumkan oleh kementerian sebelum ini individu yang perlu menjalani ujian Covid-19 adalah:

- Mereka yang mempunyai sejarah hubungan rapat dengan kes positif:

- Penduduk yang tinggal di kawasan kawalan pergerakan dipertingkatkan seperti:

• Restoran Nasi Kandar Salleh, Pekan Napoh (Mukim Hosba, Kubang Pasu); 

• Kampung Pida Satu, Megat Dewa (Mukim Ah, Kubang Pasu);

• Kampung Bendang Dalam (Mukim Binjal, Kubang Pasu);

• Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap);

- Mereka yang berkait rapat dengan kedai makan yang terlibat dalam kluster PUI Sivagangga seperti pelanggan atau orang yang berhenti makan; atau

- Mereka yang mempunyai simptom seperti demam atau sukar bernafas.

“Individu di atas harus segera menghubungi pejabat daerah kesihatan terdekat,” kata Noor Hisham.

Untuk maklumat mengenai berita palsu yang berkaitan dengan Covid-19 orang ramai boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) di talian 03-88810200, 03-88810600, 03-88810700 dan emel cprc@moh.gov.my.

Maklumat lebih lanjut boleh didapati di saluran telegram CPRC kementerian https://t.me/cprckkm. – 4 Ogos, 2020.

Iklan
Iklan