Iklan

2 polis direman, siasatan rasuah tutup kes langgar PKP

Kalidevi Mogan Kumarappa4 years ago12th Aug 2020Berita
Sprm stock pix 12042017 tmikamal ariffin 01
SPRM menahan dua anggota polis termasuk ketua Balai Polis Tengkera, Melaka kerana kes rasuah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Ogos, 2020.
Iklan

SURUHANJAYA Pencegaha Rasuah Malaysia (SPRM) menahan ketua Balai Polis Tengkera, Melaka dan seorang anggota kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM6,000 untuk tidak menyaman pemilik perniagaan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut sumber, mereka ditahan petang semalam dalam serbuan di Balai Polis Tengkera.

“Dalam serbuan itu, wang rasuah berjumlah RM6,000 ditemui disimpan dalam pejabat ketua balai polis terbabit.

“Susulan itu ketua balai polis terbabit dan anggotanya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah,” katanya.

Mereka ditahan reman empat hari sehingga Sabtu.

Pengarah SPRM Melaka Awang Kok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail sudah mengesahkan tangkapan tetapi enggan mengulas lanjut. – 12 Ogos, 2020.
 

Iklan
Iklan