Iklan

26 pesakit pulih, 7 kes baharu Covid-19

Noel AchariamElill Easwaran4 years ago18th Aug 2020Berita
Bm-1808-malaysiaworld-covid-19 cases
Iklan

SERAMAI 26 pesakit Covid-19 pulih hari ini menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang dibenarkan keluar dari hospital seramai 8,902 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sementara itu sebanyak tujuh kes baharu dicatatkan melibatkan tiga penularan tempatan membabitkan rakyat Malaysia.

“Dua dari kluster Sala dan satu lagi dari kluster Tawar,” katanya semasa sidang media di Putrajaya hari ini.

Kedua-dua kluster itu berada di Kedah.

Empat kes baharu yang lain melibatkan dua rakyat Malaysia dan dua warga asing yang pulang dari Bangladesh dan United Kingdom.

Kes baharu menjadikan jumlah jangkitan di negara ini adalah 9,219. 

Sehingga kini, terdapat lapan kes positif yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana dua kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tidak ada peningkatan kematian Covid-19 yang dilaporkan hari ini. Jumlah kematian di Malaysia kekal pada 125 kes.– 18 Ogos, 2020.

Iklan
Iklan