Malaysia akan uji vaksin Covid-19 terlebih dahulu, kata Noor Hisham
Iklan
KEMENTERIAN Kesihatan perlu mendapatkan lebih banyak maklumat dan menguji keberkesanan mana-mana vaksin Covid-19 sebelum membelinya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Malaysia berhasrat mendapatkan vaksin tetapi tidak akan terburu-buru, katanya pada sidang media hari ini.
“Sebelum membeli vaksin, kita harus melihat data apakah vaksin itu berkesan.
“Selepas data dikaji oleh pakar kami, dan jika ia berkesan, barulah kita akan melabur di dalamnya.”
Noor Hisham berkata demikian susulan laporan yang China dan Rusia telah menghasilkan vaksin.
“Kita mempunyai banyak soalan tetapi kita masih belum melihat maklumat terbaru yang dikeluarkan (mengenai vaksin).
“Yang kita tahu ialah kedua-dua negara ini sudah mendaftarkan vaksin,” katanya.
Satu daripada isu yang perlu dipertimbangkan, tambah Noor Hisham, adalah sama ada vaksin tersebut mempunyai kesan atau kesan sampingan. – 18 Ogos, 2020.