Iklan

Balai polis Sentul tutup, lelaki kuarantin Covid-19 datang buat laporan

Kalidevi Mogan Kumarappa4 years ago19th Aug 2020Berita
Sentul
Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Sentul ditutup sementara hari ini selepas seorang lelaki yang sedang menjalani arahan kuarantin datang buat laporan polis. – Gambar Facebook, 19 Ogos, 2020.
Iklan

IBU Pejabat Balai Polis Daerah Sentul ditutup sementara hari ini selepas seorang lelaki yang sedang menjalani arahan kuarantin datang untuk membuat laporan polis.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight lelaki rakyat Malaysia itu memakai gelang merah jambu, yang dipakaikan oleh Kementerian Kesihatan ke atas mereka yang dalam arahan kuarantin 14 hari.

“Susulan itu, atas arahan Kementerian Kesihatan, balai ditutup sementara untuk proses sanitasi,” katanya.

The Malaysian Insight difahamkan lelaki berkenaan datang ke balai polis pada lebih kurang 10.30 pagi untuk membuat laporan kerana tidak puas hati dilarang masuk ke masjid. Beliau juga mendakwa dipukul.

Maklumat sumber mengesahkan gambar yang tersebar yang menunjukkan notis penutupan dan kakitangan kesihatan berpakaian pelindungan menjalankan kerja sanitasi di balai berkenaan.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada kakitangan yang berurusan dengan lelaki berkenaan diarah menjalani saringan Covid-19. – 19 Ogos, 2020.

Ralat: Laporan ini telah dipinda untuk membetulkan identiti lelaki berkenaan.

Iklan
Iklan