Iklan

Ismail Sabri pertahan timbalannya, tiada salah guna kuasa dalam isu Pharmaniaga

Elill Easwaran4 years ago22nd Aug 2020Berita
By-election slim ismail sabri 20200822 hasnoor 010
Menteri Pertahanan Ismail Sabri mempertahankan timbalannya dan menegaskan tiada salah guna kuasa berlaku dalam isu lantikan ahli lembaga pengarah Pharmaniaga. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 22 Ogos, 2020.
Iklan

MENTERI Pertahanan Ismail Sabri Yaakbo hari ini berkata timbalannya, Ikmal Hisham Abdul Aziz tidak perlu mendapatkan surat sokongan agar anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga.

Ismail Sabri berkata timbalannya boleh saja melantik Ikmal Hazlan sebagai ahli lembaga pengarah tetapi beliau memilih untuk tidak menyalahgunakan kedudukannya.

“Jika beliau menyalahgunakan kuasanya, beliau boleh sahaja melantik anaknya sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga dan bukannya datang kepada saya untuk meminta pertolongan.

“Banyak orang mendakwa beliau menyalahgunakan kuasanya tetapi jika beliau menyalahgunakan kuasanya, beliau akan memastikan anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga dan bukannya datang kepada saya,” kata menteri kanan itu kepada wartawan di Slim sempena kempen pilihan raya kecil hari ini.

Surat bertarikh 5 Jun mengandungi nota tulisan tangan Ismail Sabri itu menyatakan persetujuannya yang diminitkan kepada Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“Seperti biasa jika seseorang datang meminta bantuan, saya akan memberikan sokongan saya tanpa ragu-ragu,” katanya.

Beliau berkata walaupun sudah memberikan sokongan, itu tidak bermaksud individu berkenaan akan diberi tempat dan setahu beliau anak timbalannya itu belum dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga.

“Walaupun jika beliau dilantik, itu tidak bererti adanya sokongan daripada saya. Ia semata-mata kerana pencapaiannya sebagai ahli perniagaan yang berjaya dan mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan awam,” kata Ismail Sabri.

Sebagai rekod, LTAT menguasai Pharmaniaga melalui saham dalam syarikat tersebut dan melalui syarikat kawalannya Boustead Holdings.

Sementara itu, Pharmaniaga mengumumkan kepada Bursa Malaysia pada 3 Ogos yang Azhar Ahmad, Najmil Faiz Mohamed Aris dan Zulkifli Jafar dilantik sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif, menggantikan anggota yang bersara. – 22 Ogos, 2020.

Iklan
Iklan