Iklan

Bekas ahli Parlimen PKR bidas Pakatan pada pelancaran PKN 

Chan Kok LeongElill Easwaran4 years ago23rd Aug 2020Berita
By-election slim pkn 20200823 hasnoor 007
Exco pelancongan Melaka Jailani Khamis ketika berucap pada pelancaran PKN di Tasik YDP, pekan Slim hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 23 Ogos, 2020.
Iklan

PENGGERAK Komuniti Negara (PKN) Mohamed Azmin Ali melancarkan pusat operasi pilihan rayanya di Slim kurang 24 jam selepas kongres antarabangsa pertama NGO itu di Kuala Lumpur semalam.

Pada majlis yang diadakan di Tasik YDP di pekan Slim pagi ini, bekas naib presiden PKR Zuraida Kamaruddin mengetuai sekumpulan ahli Parlimen dari Melaka, Perak, Pulau Pinang dan Johor membidas bekas parti dan kerajaan, Pakatan Harapan.

Bercakap kepada hadirin yang terdiri daripada kira-kira 50 penyokong MIC dan Makkal Sakti, exco pelancongan Melaka Jailani Khamis berkata PH tumbang kerana mereka tidak berpengalaman dan terlalu sibuk berpolitik daripada menyelesaikan masalah rakyat.

“Mereka tiada masa untuk masalah rakyat kerana sibuk berpolitik,” kata Jailani, yang membuat keputusan untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional di Melaka selepas kejatuhan PH di peringkat persekutuan.

“Apabila ada aduan mengenai banjir di Melaka, exco PH hanya cuba selesaikan masalah itu sambil berseloroh mengenai siapa yang akan menjadi PM,” kata Jailani.

Jailani bagaimanapun tidak menyatakan bahawa politik itu juga melibatkan Azmin dan Presiden PKR Anwar Ibrahim, yang disebut-sebut akan menggantikan Perdana Menteri PH Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga Adun Rembia turut meminta hadirin agar mengundi calon Barisan Nasional Mohd Zaidi Aziz pada 29 Ogos ini.

Selain Zaidi, dua lagi calon bebas yang bertanding pada pilihan raya itu adalah bekas ahli Bersatu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan Santhara Segaran Subramaniam.

Amir yang kini menyertai Pejuang disokong oleh parti Pakatan, PKR, DAP dan Amanah. – 23 Ogos, 2020.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan