Zahid beri petunjuk ‘gabungan baharu’ untuk rampas Sabah
Iklan
UMNO dan PAS akan pergi ke Sabah untuk membentuk gabungan politik baharu bagi memenangi pilihan raya negeri bulan depan, kata Ahmad Zahid Hamidi.
“Selepas Pilihan Raya Kecil Slim, saya dan (Presiden PAS Abdul Hadi Awang) akan pergi ke Sabah untuk pilihan raya negeri 73 kerusi,” kata presiden Umno itu malam tadi ketika berkempen di Slim.
“Sabah ada banyak parti dan orang, dan Umno dan PAS dan rakan BN lain akan menentukan gabungan baharu.
“Kami yakin pembentukan gabungan baharu tujuh parti akan dapat ambil balik Sabah pada 26 September,” katanya.
Tambahnya, kejayaan besar di PRK Slim akan memberi inspirasi kepada BN dan parti lain bagi merampas semula Sabah, yang terlepas pada PRU2018.
Zahid bersama-sama Hadi muncul di kempen PRK Slim lama tadi, pengundian dijadual berlangsung pada 29 Ogos ini.
Calon BN Mohd Zaidi Aziz dijangka mengekalkan kemenangan di kubu kuat Umno itu melawan calon Bebas, Amir Khusyairi Tanusi dan S Santhara Segaran.
Kerusi itu kosong pada 15 Julai lalu susulan kematian penyandangnya Mohd Khusairi Abdul Talib, 59.
Allahyarham Khusairi adalah pemegang kerusi DUN itu selama empat penggal.
Beliau adalah ketua Umno Tanjong Malim dan meraih 8,327 undi dalam perlawanan tiga penjuru menentang calon Bersatu Mohd Amran Ibrahim (6,144) dan calon PAS Muhammad Zaulfadli Zainal (4,103) pada PRU 2018. – 24 Ogos, 2020.