Iklan

Orang Asli Slim tidak terpedaya 'gula-gula pilihan raya' 

Elill Easwaran4 years ago24th Aug 2020Berita
By-election slim orang asli 20200823 hasnoor 024
Bendera BN berkibar di atas menara tangki air di Kampung Sungai Teras di Kuala Slim, Perak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Ogos, 2020.
Iklan

SELAMA 60 tahun, Orang Asli di Kampung Sungai Teras, Slim hidup dalam kegelapan, sehingga minggu lalu apabila mereka akhirnya mendapat bekalan elektrik.

Walaupun gembira dengan perkembangan ini, mereka kesal kerana ia mengambil masa yang lama untuk menikmati elektrik sementara di bahagian lain di negara ini sudah menikmati utiliti ini sejak sekian lama.

Malah kini, mereka berkata bekalan tenaga yang dinaikmati disebabkan pilihan raya kecil (PRK) Slim yang akan diadakan pada 29 Ogos.

“Hanya beberapa hari selepas diberitahu yangg kami tidak mempunyai elektrik, mereka segera datang dan memperbaikinya.

“Tetapi tiada tindakan diambil selama bertahun-tahun sejak kami membuat pengaduan,” kata penasihat Tok Batin Semai, Gaharai Kadik.

“Ahli politik datang ke sini untuk segala jenis kempen tetapi tidak bukan kerana masalah yang kami hadapi seperti krisis elektrik dan air yang dialami,” kata Gaharai.

Sebelum ini dilaporkan yang tiang elektrik ke kampung mempunyai 250 penduduk itu sudah ada pada 2018 tetapi projek sambungan elektrik tidak terbengkalai.

Rumah di kampung itu mempunyai meter elektrik tetapi tiada bekalan tenaga, sehinggalah sekarang.

Penduduk Orang Asli Sungai Teras memacak bendera BN di kawasan kampung di Kuala Slim, Perak menjelang PRK. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Ogos, 2020.

Kini, selepas mempunyai bekalan elektrik, mereka mendesak pihak berkuasa untuk menyediakan bekalan air bersih pula.

Ini kerana, mereka sekarang mendapatkan bekalan air dari tasik atau kawasan pergunungan.

“Pada musim hujan, kami tidak boleh menggunakan air hujan kerana kotor. Jadi, kami harus menyimpan air dalam cerek dan baldi,” kata penduduk kampung Shahruddin Yeoksiku, 39.

“Kami tidak minta banyak, kami hanya ingin dilayan sama seperti orang lain.”

Kempen PRK Slim berlangsung sejak seminggu yang lalu dan akan berterusan sehingga Jumaat ini.

Selain Kampung Sungai Teras, terdapat tiga perkampungan Orang Asli lain di Slim iaitu Kampung Orang Asli Changkat Ramu, Kampung Buluh Seruas dan Kampung Sungai Jentong.

Slim mempunyai 23,094 pengundi, dengan 1.4% adalah Orang Asli, sementara yang lain adalah Melayu (74%), India (12%) dan Cina (10%).

Seramai 267 pengundi awal, yang terdiri daripada anggota polis, akan membuang undi esok.

Tiga calon bertanding dalam PRK - Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz yang mewakili Barisan Nasional dan dua calon bebas, peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan bekas guru S Sentharasekaran.

Amir Khusyairi disokong oleh Parti Pejuang Tanah Air diasaskan oleh Dr Mahathir Mohamad yang belum berdaftar. – 24 Ogos, 2020.

Iklan
Iklan