Iklan

Ketamakan Najib punca masalah dalam Felda, kata Dr Mahathir 

Elill Easwaran4 years ago27th Aug 2020Berita
Mahathir
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Najib Razak tidak mengendahkan nasihatnya untuk selamatkan FGV.– Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Ogos, 2020.
Iklan

DR Mahathir Mohamad hari ini menyalahkan Najib Razak atas kemerosotan pendapatan yang dihadapi peneroka Felda dengan menuduh bekas perdana menteri itu mengubah skim yang dikendalikan dengan baik menjadi beban kepada mereka.

Beliau mengatakan Felda merupakan agensi kemajuan tanah terbesar di dunia sehinggaah Najib memulakan Felda Global Ventures untuk menjadikan skim ini menjadi syarikat pertanian dan komoditi global.

“Najib bawa idea untuk memulakan Felda Glbal Ventures (FGV) yang mana ia jelas menunjukkan beliau hanya berminat dengan duit daripada membantu rakyat,” katanya.

Berucap pada kempen pilihan raya kecil Slim, beliau berkata sebaliknya FGV menjadi masalah dan peneroka dibebani dengan pinjaman apabila mereka membeli saham FGV.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata beliau telah memberi peringatan kepada Najib namun tidak dihiraukan.

“Sebelum saya tinggalkan Umno, Najib datang ke rumah saya dan saya beritahu dia daripada berikan duit kepada masyarakat Felda, beliau perlu turun padang dan tanya apa masalah yang mereka hadapi dan selesaikannya,” kata Dr Mahathir.

Namun kata pemimpin berusia 95 tahun itu, Najib hanya percaya yang beliau hanya perlukan duit untuk menang pilihan raya.

“Najib teruskan dengan slogan Cash Is King yang menyebabkan beliau kalah PRU14,” kata Dr Mahathir. – 27 Ogos, 2020.

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan