Iklan

Keluarga aktivis, pastor yang hilang terus menanti

Elill Easwaran4 years ago30th Aug 2020Berita
Norhayati ariffin suhakam amri che 20190323 hasnoor 15
Norhayati Ariffin terus menanti kepulangan atau sebarang maklumat mengenai suaminya, Amri Che Mat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Ogos, 2020.
Iklan

EMPAT tahun kebelakangan ini merupakan saat sukar bagi keluarga aktivis yang hilang Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh, tanpa sebarang berita dan juga penutupan mengenai kehilangan misteri mereka.

Walaupun Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mendapati badan kerajaan bertanggungjawab terhadap kedua-duanya, namun tidak banyak yang berlaku sejak penemuan suruhanjaya itu pada April.

Setelah berbulan pendengaran, Suhakam pada 3 April memberikan keputusan yang Amri, hilang pada 24 November 2016, dan Koh yang terakhir dilihat diculik dari keretanya pada 13 Februari 2017, diculik oleh “ejen negara iaitu Cawangan Khas, Bukit Aman ”.

“Sudah empat tahun saya menunggu suami saya. Ia sangat sukar bagi saya dan anak-anak,” kata isteri Amri, Noorhayati Ariffin di webinar anjuran Rakyat Bantah Kehilangan Paksa (Caged), malam tadi.

Sentimen serupa juga dibuat oleh keluarga Koh dalam webinar yang dianjurkan untuk memperingati Hari Antarabangsa Mangsa Kehilangan Paksa.

“Perkara yang paling saya rindu mengenai beliau adalah kehadirannya dan segala yang beliau ajar kepada saya mengenai kehidupan,” kata anak perempuan Koh, Esther Koh.

Isteri Koh, Susanna Liew yang sekian lama menjadi individu penting dalam usaha mencari aktiviti ini, menambah bahawa perkara paling menyakitkan adalah ketiadaan berita mengenai orang yang hilang.

“Sudah hampir empat tahun sejak penculikan itu dan kami tidak mempunyai berita atau maklumat terkini.

“Kami bahkan tidak tahu bagaimana keadaannya,” kata Liew.

Webinar ini dikendalikan oleh jurucakap Caged, Rama Ramanathan, yang turut disertai oleh Andrew Khoo, ketua bersama Jawatankuasa Perlembagaan Undang-Undang dan Dr Yazid Zul, seorang penolong profesor undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa .

“Kehilangan secara paksa adalah ketika seseorang secara senyap-senyap diculik atau dipenjarakan oleh negara atau organisasi politik, atau oleh pihak ketiga dengan keizinan,” kata Yazid.

Sementara itu, Khow meminta undang-undang khusus untuk melindungi daripada kehilangan seperti itu.

“Jika kerajaan tiada undang-undang khusus untuk kehilangan paksa, orang cenderung berpikir kerajaan tidak memandang serius hal ini,” kata Khoo.

Sementara itu, Rama berkata, Caged mahu kerajan bertindak tegas untuk mereformasi pasukan polis. – 30 Ogos 2020.

Iklan
Iklan