Iklan

Penduduk Lembah Klang bengang sudah 3 hari tiada air

Elill Easwaran4 years ago5th Sep 2020Berita
Water disruption 20200905 hasnoor 007
Penduduk mengambil bekalan air yang disediakan di sekitar Meru, Selangor. Masalah gangguan bekalan air menyebabkan penduduk di beberapa daerah di negeri ini sukar melakukan tugas harian. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 September, 2020.
Iklan

PENGGUNA mula meluahkan rasa kecewa apabila rata-rata mereka kini sukar untuk mendapatkan air di pasar raya dan kedai serbaneka susulan gangguan bekalan air yang kini sudah memasuki hari ketiga.

Lori tangki air yang dijanjikan oleh kerajaan negeri juga tidak kelihatan di daerah-daerah tertentu menyebabkan berlakunya pembelian panik dan banyak kedai kehabisan air botol.

Rata-rata mereka yang ditemui The Malaysian Insight meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat melakukan tugas-tugas harian seperti mencuci dan memasak. 

Bagi umat Islam, mereka sukar untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat.

Air Selangor semalam mengumumkan bahawa gangguan bekalan air mungkin berlaku sekurang-kurangnya selama empat hari selepas berlakunya pencemaran sungai yang dilakukan oleh sebuah kilang di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang yang menyebabkan penutupan empat logi rawatan di Selangor.

Dalam kenyataan terbarunya pagi tadi Air Selangor berkata loji rawatan air di Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang sudah kembali beroperasi malam tadi. 

Namun mereka tidak menyatakan bila bekalan air akan disambung semula.

Sebilangan pengguna menggunakan platform media sosial untuk meluahkan kekecewaan mereka.

“Kita berdepan masalah untuk masak, mencuci pakaian dan mandi!

“Tiga hingga empat hari dan di sebuah rumah ada enam orang, sukar untuk melakukan kerja apabila keperluan asas tidak ada,” kata Preshant Menon, 24, dari Subang Jaya, Selangor.

Seorang lagi pengguna Syima Zainal, 32, berkata dia tidak dapat menunaikan solat.

“Masalah saya bukan tidak dapat melakukan tugas harian tetapi lebih kepada tidak dapat berwuduk untuk solat,” katanya.

Kilang yang bertanggungjawab di sebalik masalah pencemaran ini dikenali sebagai Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd yang menjalankan perkhidmatan dan menyelenggara jentera berat.

Syarikat itu didakwa membuang minyak hitam ke dalam longkang yang dibawa ke sungai. – 5 September, 2020.

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan