Iklan

Tiada bukti kukuh sewaktu pencemaran kali pertama, kata MB

Diyana IbrahimElill Easwaran4 years ago5th Sep 2020Berita
Water disruption 20200905 hasnoor 008
Sg Gong terletak berdepan kilang yang didakwa menjadi punca pencemaran sehingga menyebabkan gangguan bekalan air di seluruh Lembah Klang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 September, 2020.
Iklan

BUKTI kukuh kini diperolehi untuk mengambil tindakan ke atas syarikat yang mencemarkan sungai sehingga memutuskan bekalan kepada lebih sejuta pengguna, kata Amiruddin Shari.

Menteri besar Selangor itu berkata, tiada bukti kukuh untuk mengambil tindakan ketika kesalahan dilakukan kali pertama awal tahun ini yang menyebabkan syarikat itu hanya didenda RM60,000.

Jelasnya, contoh sampel pencemaran yang diambil pada waktu itu tidak sekuat bacaan yang diperolehi sewaktu pencemaran terbaharu sehingga menyebabkan operasi Loji Rawatan Air terjejas.

Syarikat itu juga diarah menghentikan operasi sewaktu pencemaran pertama dilakukan namun dibenarkan beroperasi semula selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar Jun, katanya.

“Pada masa sama JAS (Jabatan Alam Sekitar) maklumkan takrifan awal kilang bengkel tersebut mereka memberi khidmat kebersihan dan ketika itu tiada hasilnya bukti-bukti.

“Bacaan itu tak setepat dan sekuat kali ini. Kali ini baru kita dapat bacaan sampel yang tepat di semua tempat, katanya dalam sidang media ibu pejabat Pengurusan Air Selangor, Kuala Lumpur.

Beliau menjawab kritikan pelbagai pihak yang berang kerana pihak berkuasa gagal memastikan kilang yang bertanggungjawab terhadap penutupan loji rawatan air itu tidak mengulangi kesalahan.

Kilang yang disyaki terlibat dalam gangguan bekalan air terbaru ke Lembah Klang dikenal pasti sebagai kilang penyelenggaraan mesin berat milik Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd.

Polis malam tadi menahan empat beradik yang merupakan pemilik kilang dan akan mendapatkan perintah reman untuk mereka hari ini.

Siasatan mendapati sisa buangan dan minyak jentera terpakai dari kilang tidak disimpan dengan betul dan dibiarkan mengalir masuk ke Sungai Selangor.

Sungai itu menjadi sumber untuk empat loji rawatan yang membekalkan air untuk Lembah Klang.

Pencemaran itu menjejaskan menyebabkan pengguna tiada bekalan air sejak Khamis di Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat. – 5 September, 2020.

MENYUSUL

Iklan
Iklan