Iklan

Masalah air Kelantan dijangka selesai 2023, kata menteri

Air
Masalah air di Kelantan dijangka dapat diselesaikan menjelang 2023, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 September, 2020.
Iklan

MASALAH air di Kelantan dijangka dapat diselesaikan menjelang 2023, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Masalah terbesar di Kelantan ialah sumber air. Lebih 50% air Kelantan diambil dari tanah yang menyebabkan kos rawatan air tinggi,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri juga perlu menangani isu air air tidak terhasil yang tinggi.

Kerajaan memberikan peruntukan untuk mengembangkan loji rawatan air di negeri itu.

“Kami jangka Kelantan mendapatkan bekalan air lengkap menjelang 2023 dengan peluasan beberapa loji rawatan air,” katanya.

Timbalan presiden PAS itu berkata tarif air pada RM1.10 setiap 1,000 liter kali terakhir disemak pada 2013.

Kelantan antara tiga negeri – selain Sabah dan Sarawak – di mana ia berdepan masalah kurang akses kepada sumber air bersih pada tahap kritikal.

Bagi Pahang, Tuan Ibrahim berkata tarif air negeri itu kali terakhir disemak pada 1983. Tarif air di negeri itu juga paling rendah di negara ini iaitu 79 sen.

“Ini bermakna sudah 37 tahun sejak kali terakhir Pahang naikkan tarif air,” katanya.

“Pahang antara negeri yang kedudukan kewangannya kritikal.”

Dua tahun lalu, kerajaan negeri Pahang setuju untuk memulakan pelaksanaan penstrukturan semula industri perkhidmatan air bersama Putrajaya. – 10 September, 2020.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan