Iklan

PKR gesa syarikat penerbangan turunkan harga tiket   

Sheridan Mahavera4 years ago18th Sep 2020Berita
Sabah election pkr 20200918 irwan majid 001
Pengerusi Lembaga Penasihat PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika bercakap pada sidang media di Kota Kinabalu hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 18 September, 2020.
Iklan

SYARIKAT penerbangan digesa untuk menurunkan harga tiket bagi tempog 26 September hingga 27 September bagi membantu warga Sabah pulang untuk mengundi.

Pengerusi Lembaga Penasihat PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata setakat ini terdapat 5,966 pengundi yang menyatakan minat mereka untuk pulang mengundi namun tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli tiket penerbangan.

Ini merupakan jumlah pengundi yang berdaftar dengan kumpulan masyarakat sivil “Pulang Mengundi Sabah”, yang membantu masyarakat Sabah untuk pulang mengundi pada 26 September.

Setakat ini, kumpulan berkenaan mengutip derma lebih RM35,350 bagi membantu pengundi yang berdaftar dengan mereka, kata Wan Azizah.

Jumlah ini hanya mampu untuk membantu 101 orang.

“Ramai yang ingin pulang dan mengundi namun dalam situasi kita berdepan Covid-19 dan kemelesetan ekonomi, sukar untuk mereka berbuat demikian,” kata Wan Azizah kepada pemberita di Kota Kinabalu hari ini.

“Jadi kami menggesa syarikat penerbangan untuk memberi diskaun kepada warga Sabah untuk membantu mereka pulang dan tunaikan tanggungjawab mereka. Kami harap syarikat penerbangan dapat pertimbangkan permintaan ini.

“Kami turut merayu untuk sumbangan bagi membantu warga Sabah ini pulang untuk mengundi.”

Pada sidang media itu, Wan Azizah turut menyenaraikan beberapa dasar yang telah dilaksanakan oleh Pakatan Harapan untuk rakyat Sabah ketika 22 bulan mentadbir.

Program dan kemudahan ini dilaksanakan oleh beliau sebagai timbalan perdana menteri dan di bawah portfolio pembangunan wanita dan masyarakat.

Program ini termasuk:

*Peruntukan sebanyak RM10 juta bagi mewujudkan 65 pusat jagaan kanak-kanak di pejabat kerajaan persekutuan di seluruh Sabah. 
*RM165 juta kepada Jabatan Kebajikan Sabah untuk disalurkan kepada 40,743 penerima. – 18 September, 2020.

Iklan
Iklan