Iklan

Dakwaan Anwar tidak jejas PRN Sabah, kata DAP negeri

Sabah election042
Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan PN akan digulingkan susulan beliau mendapat sokongan cukup bagi menubuhkan kerajaan persekutuan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 September, 2020.
Iklan

PENGUMUMAN Anwar Ibrahim bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah runtuh di peringkat persekutuan akan hanya memberi kesan kecil terhadap Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang sedang berjalan, kata DAP Sabah.

“PRN Sabah utamanya ialah tentang isu negeri, jadi pengumuman Anwar tentang dapat sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan adalah perkara kedua,” kata Setiausaha Agung DAP Sabah Chan Foong Hin kepada The Malaysian Insight hari ini.

“Mungkin ada kesan di kerusi kawasan bandar, tetapi tidak di kawasan luar bandar,” kata ahli Parlimen Kota Kinabalu itu.

“Pengumuman beliau masih samar pada masa ini, jadi kami tidak jangka ia akan menjejaskan calon bertanding di bawah tiket Warisan Plus.

“Namun, kerusi PKR mungkin dapat lonjakan daripada pengumuman Anwar itu.”

PRK bertanding tujuh kerusi di 73 kerusi DUN Sabah.

Daripada tujuh, PKR mempertahankan kerusi Api-Api dan Inanam, yang dimenangi oleh Christina Liew dan bekas menteri kewangan Sabah Kenny Chua.

Chua bagaimanapun keluar PKR dan bertanding sebagai calon bebas yang menyokong PN.

Petang tadi, Anwar yang juga presiden PKR mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur dan berkata beliau mendapat sokongan mencukupi untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

Beliau enggan memberikan jumlah sebenar, berkata akan hanya mendedahkan butiran selepas menghadap Yang Di-Pertuan Agong, yang pada masa ini sedang dirawat di Institute Jantung Negara. – 23 September, 2020.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan